Zoo minta orang ramai beri haiwan peliharaan jadi makanan harimau

Zoo minta orang ramai beri haiwan peliharaan jadi makanan harimau

Zoo minta orang ramai beri haiwan peliharaan jadi makanan harimau
GAMBAR fail harimau Siberia bersama anak-anaknya di Zoo Aalborg. – Foto AFP

COPENHAGEN – Pemilik haiwan peliharaan diminta menderma haiwan mereka kepada binatang pemangsa di Zoo Aalborg, Denmark, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pihak pengurusan zoo yang menempatkan lebih 1,500 haiwan daripada 126 spesies itu berkata, mereka cuba meniru rantaian makanan semula jadi bagi haiwan pemangsa peliharaannya.

Pihak zoo mencadangkan supaya ayam, arnab dan tikus belanda menjadi bahagian penting dalam diet haiwan pemangsa seperti harimau serta singa

“Haiwan-haiwan peliharaan ini akan disuntik supaya mati oleh kakitangan terlatih dan kemudian diberikan sebagai makanan,” demikian  menurut akaun rasmi Instagram zoo tersebut kepada 23,700 pengikutnya

“Jika anda mempunyai haiwan sihat yang perlu diserahkan atas pelbagai sebab, jangan segan untuk menderma kepada kami,” tambahnya.

Zoo Aalborg terletak di wilayah Jutland meliputi kawasan seluas lapan hektar dan dibuka sejak tahun 1935. – AGENSI

Zoo minta orang ramai beri haiwan peliharaan jadi makanan harimau

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker