Wira Piala Dunia 1990 Jerman meninggal dunia

Wira Piala Dunia 1990 Jerman meninggal dunia

Wira Piala Dunia 1990 Jerman meninggal dunia
MILL bantu Jerman Barat menang Piala Dunia 1990 dengan menewaskan Argentina. FOTO AFP

Munich: Bekas penyerang Jerman Barat dan pemenang Piala Dunia, Frank Mill meninggal dunia pada usia 67 tahun, menurut kenyataan Persekutuan Bola Sepak Jerman (DFB), awal pagi tadi.

Pemain Borussia Dortmund dan Borussia Moenchengladbach itu sebahagian daripada skuad Jerman Barat pada Piala Dunia 1990 di Itali yang menjuarai kejohanan tersebut selepas menewaskan juara bertahan Argentina 1-0 dalam perlawanan akhir.

Media Jerman melaporkan Mill mengalami serangan jantung pada Mei, sejurus selepas menaiki teksi di Milan. Beliau kemudiannya diterbangkan pulang ke Jerman tetapi tidak pernah pulih.

Dilahirkan di Essen, Mill memperoleh 17 kaps bersama pasukan kebangsaan dan turut menjadi sebahagian daripada skuad negaranya yang meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik 1988.

“Kami bersedih atas pemergian Frank Mill, juara dunia 1990 kami,” kata DFB dalam satu kenyataan. “Berehatlah dengan aman, Frank. Doa kami bersama keluarga dan rakan-rakannya.”

Wira Piala Dunia 1990 Jerman meninggal dunia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker