Warga Turkiye hilang dipercayai karam bersama kapal layar
Warga Turkiye hilang dipercayai karam bersama kapal layar

KUALA TERENGGANU: Warga Turkiye yang dilaporkan hilang selepas kapal layar Daisy dinaikinya karam di perairan Pulau Yu di sini, dipercayai tenggelam bersama kapal terbabit.
Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) Eser Demirkol, 32, kini memasuki hari keenam manakala usaha diperluas di sekitar perairan Pulau Yu dan Pulau Bidong.
Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang, berkata mangsa dikatakan tidur ketika kapal berkenaan tenggelam.
“Berdasarkan keterangan dua rakan yang selamat, mangsa tidur dan tidak sempat keluar sebelum kapal tenggelam.
“Kita sudah memulakan pencarian di dasar laut menggunakan alat pengesan bawah air kawalan jauh (ROV).” katanya di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Hamiludin berkata, sembilan penyelam dari Skuadron Selam Maritim Malaysia, Akademi Matitim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kuantan, Pahang terbabit dalam operasi itu seawal jam 7 pagi tadi selepas ditangguhkan jam 7 malam tadi.
Katanya, kawasan pencarian akan tertumpu di lokasi kapal layar dipercayai karam iaitu di kawasan mangsa kedua yang juga kapten bot, Ahmet Volkan Ata, 32, diselamatkan iaitu lima batu nautika dari Pulau Yu.
Seorang lagi mangsa, Ates Dameroren, 42, diselamatkan bot nelayan tempatan selepas 25 jam terapung di sekitar perairan pulau berkenaan.
Mereka dilaporkan stabil dan dibenarkan keluar dari hospital dan kini diuruskan oleh Kedutaan Turkiye.
Dameroren berkata, beliau dan Demirkol tidur sebelum dikejut oleh Ata yang menjerit memberitahu kapal akan karam.
“Saya bangun dan meluru ke bahagian atas sebelum melihat kapten terjun ke laut. Saya turut terjun tanpa memakai jaket keselamatan.
“Kemudian kapal tenggelam dan saya tidak nampak Eser terjun.. mungkin dia tenggelam bersama kapal,” katanya.
Warga Turkiye hilang dipercayai karam bersama kapal layar
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.