Suami isteri antara 3 individu didakwa miliki buku ajaran sesat

Suami isteri antara 3 individu didakwa miliki buku ajaran sesat

Suami isteri antara 3 individu didakwa miliki buku ajaran sesat
– Foto hiasan

TEMERLOH: Sepasang suami isteri masing-masing didenda RM3,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini, kerana memiliki buku dan dokumen mengandungi ajaran ‘The Ahmadi Religion Of Peace and Light’ yang difatwakan haram di Pahang.

Seorang penolong pegawai kesihatan turut mengaku bersalah kerana memiliki buku berkaitan ajaran sama dan turut didakwa menyimpan buku ajaran Syiah juga difatwakan haram di Pahang dan didenda RM6,000 atas dua pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Firdaus Yaacob, 34, dan isteri Noor Zaza Atiera Zahanuddin, 26, didakwa menyimpan dan memiliki buku mengandungi ajaran sesat itu, kira-kira jam 8.45 pagi 6 Jun lalu, di sebuah rumah di Taman Jaya, di sini.

Seorang lagi tertuduh, Mohd Fikhrillah Abdul Rahman, 37, pula didakwa memiliki buku ajaran sama, kira-kira jam 7 malam, 12 Jun lalu di Kuarters Kesihatan Tanjung Lalang, di sini.

Mohd Fikhrillah yang bekerja sebagai penolong pegawai kesihatan dan persekitaran Jabatan Kesihatan Pahang turut didakwa memiliki buku mengandungi ajaran Syiah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?


Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2013.

Sabit kesalahan boleh dipenjara hingga dua tahun dan denda tidak melebihi RM3,000.

Semua tertuduh mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Temerloh, Sarah Fawzia Ahmad Fuzi.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie Kanan, Halipah Abdul Manaf dan dibantu pegawai pendakwa syarie Busu Firdaus Abu Bakar.

Semua tertuduh tidak diwakili peguam merayu mahkamah mengenakan hukuman ringan kerana alasan mereka sudah insaf atas kesalahan dilakukan.

Semua tertuduh membayar denda itu.

 

Suami isteri antara 3 individu didakwa miliki buku ajaran sesat

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker