Penunggang basikal maut dirempuh MPV

Penunggang basikal maut dirempuh MPV

Penunggang basikal maut dirempuh MPV
Seorang lelaki maut selepas basikal ditunggangi dirempuh MPV di Jalan Besar, Kuantan. – Foto ihsan IPD Kuantan

KUANTAN: Seorang lelaki maut selepas basikal ditungganginya dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Besar, berhampiran Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, tengah hari tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata nahas berlaku kira-kira jam 1 tengah hari ketika mangsa, Mohd Nazrul Shairil Husin, 44, berbasikal melintas jalan di hadapan hospital itu.

Katanya, siasatan mendapati mangsa dirempuh MPV jenis Perodua Alza dipandu lelaki berusia 48 tahun dalam perjalanan dari pusat bandar ke Tanah Putih.

“Sejurus kenderaan itu tiba di lokasi, basikal ditunggangi mangsa secara tiba-tiba melintas dari kanan ke kiri jalan menyebabkan rempuhan berlaku.

“Akibat kemalangan itu, mangsa parah dan dikejarkan ke HTAA untuk rawatan lanjut, manakala pemandu MPV tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mangsa berasal dari Tanjung Api disahkan meninggal dunia kira-kira jam 5.50 petang ketika dirawat. Polis meminta kerjasama saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Penunggang basikal maut dirempuh MPV


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker