Pengadil Serie A umum keputusan VAR secara langsung
Pengadil Serie A umum keputusan VAR secara langsung

Rom: Pengadil dalam saingan Serie A bakal membuat pengumuman keputusan Video Bantuan Pengadil (VAR) secara langsung di stadium dan di kaca televisyen bermula musim depan, kata penilai pengadil, Gianluca Rocchi.
Langkah itu disifatkan sebagai satu kemajuan besar dalam usaha mempertingkat komunikasi antara pengadil dan penyokong, di samping menjadikan keputusan pengadilan lebih cepat dan jelas.
“Kami mempunyai kumpulan pengadil terpilih dan mahu memastikan penggunaan bahasa yang seragam supaya setiap keputusan mudah difahami penonton,” kata Rocchi kepada media Itali, semalam.
Idea pengadil menjelaskan keputusan secara terus kepada penonton turut diuji di beberapa negara lain termasuk England dan Jerman.
Musim baharu Serie A dijadual membuka tirai pada 23 Ogos depan.
Pengadil Serie A umum keputusan VAR secara langsung
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.