Liga belum bermula, penyokong United dah mula rancang protes
Liga belum bermula, penyokong United dah mula rancang protes

London: Sebuah kelab penyokong Manchester United mengumumkan satu lagi protes terhadap keluarga Glazer dan buat pertama kali terhadap Sir Jim Ratcliffe menjelang perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Arsenal.
Kelab yang dikenali The 1958 telah menganjurkan pelbagai demonstrasi dalam beberapa tahun kebelakangan ini bagi menuntut perubahan pemilikan dan mengesahkan mereka akan berarak ke Old Trafford pada 17 Ogos.
Ratcliffe memiliki 28.94% pegangan dalam United dan mengambil alih kawalan operasi harian daripada keluarga Glazer sejak Februari 2024, membawa pelbagai perubahan yang kadangkala tidak popular dalam kalangan penyokong.
Jurucakap The 1958 berkata:
“Kami tidak akan membenarkan sedikit rasa optimism dan beberapa pemain baharu yang berkilauan mengalihkan perhatian daripada gambaran sebenar di luar padang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
“Jim Ratcliffe memilih untuk ‘bersekongkol’ dengan Glazer dan pada pandangan kami, dia membantu mengekalkan mereka berkuasa.
“Jadi pada 17 Ogos, kami akan berprotes bukan sahaja terhadap Glazer, tetapi kini juga terhadap Jim Ratcliffe, seorang yang dahulu dilihat oleh ramai, termasuk kami sebagai penyelamat, sinar harapan tetapi kini terbukti bersubahat dalam hakisan berterusan terhadap segala yang menjadikan kelab ini seperti kita kenal.
“Ini bukan lagi sekadar soal pemilikan; ini tentang kelangsungan, kelangsungan identiti kami, komuniti kami dan nilai-nilai kami.”
Jurucakap The 1958 menambah protes itu untuk “setiap penyokong yang telah disenyapkan, dihalau keluar, tidak mampu membayar harga tiket, dan diketepikan,” sambil menegaskan “ia tentang masa depan bola sepak.”
“Jim Ratcliffe, anda telah memilih pihak anda dan ia bukan pihak kami. Anda kini berdiri sebaris dengan Glazer. Topeng telah jatuh. Anda bukan penyelamat. Anda ibarat ‘syaitan merah yang menyamar’,” kata kumpulan itu lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
Pada Mac lalu, Ratcliffe pernah menyatakan beliau akan meninggalkan United jika dia menerima layanan atau cemuhan seperti yang diterima oleh keluarga Glazer.
“Ia boleh menjadi tidak menyenangkan,” kata Ratcliffe kepada The Times. “Saya mungkin telah gagal dari segi menikmati pengalaman ini.
“Saya boleh bertahan untuk satu tempoh. Saya tidak kisah menjadi tidak popular kerana saya faham tiada siapa suka melihat Manchester United berada di tempat mereka sekarang, dan tiada siapa suka keputusan yang terpaksa kami buat.
“Tetapi jika sampai ke tahap seperti apa dialami oleh keluarga Glazer, saya akan berkata, ‘cukuplah, biarlah orang lain uruskan’.”
Manchester United menamatkan saingan musim lalu di tempat ke-15 Liga Perdana Inggeris, kedudukan terburuk mereka sejak tahun 1974 dan gagal melayakkan diri ke pertandingan Eropah selepas tewas kepada Tottenham Hotspur dalam final Liga Europa.
Liga belum bermula, penyokong United dah mula rancang protes
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.