Jobe risau tak sehebat abang di Dortmund

Jobe risau tak sehebat abang di Dortmund

Jobe risau tak sehebat abang di Dortmund
JOBE (kanan) tinggalkan Sunderland untuk beraksi di Bundesliga. FOTO Reuters

Berlin: Jobe Bellingham mengakui dia bimbang jika tidak dapat mengikut jejak abangnya, Jude selepas menyertai Borussia Dortmund pada musim panas ini.

Jobe, 19, dua tahun lebih muda daripada Jude, yang menyertai Real Madrid pada 2023 selepas tiga tahun bersama Dortmund.

Sebagai tonggak pasukan kebangsaan England, Jude muncul antara pemain terbaik dunia dalam beberapa musim kebelakangan ini.

Jobe menyertai Dortmund pada Jun dari Sunderland selepas pasukan itu dinaikkan ke Liga Perdana Inggeris.

Dia mengakui memahami persepsi orang ramai sebelum membuat keputusan untuk berpindah ke Jerman.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?


“Saya bukan sempurna. Saya memang fikirkan perkara ini, tetapi pihak kelab berjaya meyakinkan saya bahawa semua ini tidak akan memberi kesan besar kepada saya.

“Ini keputusan yang saya buat untuk diri sendiri. Perjalanan saya bukan untuk difahami oleh orang lain,” tambahnya.

Bellingham membuat penampilan sulung bersama Dortmund dalam Piala Dunia Kelab di Amerika Syarikat, menjaringkan satu gol dan memberi satu bantuan gol dalam empat perlawanan.

Seperti di Sunderland, Jobe memilih untuk menggunakan nama pertamanya ‘Jobe’ di belakang jersinya dan bukan nama keluarga, bagi mengelakkan perbandingan dengan abangnya.

Jobe berkata abangnya sangat bangga apabila mendapat tahu dia akan ke Dortmund. “Dia tidak cakap banyak, hanya kata ‘nikmatinya’,” kata Jobe, sambil menambah, “perbualan kami biasanya tidak begitu serius.”

Pemain tengah itu, yang biasanya bermain dalam peranan lebih bertahan berbanding abangnya, berkata dia tidak mahu menjadi seorang ‘superstar’.

“Saya tidak mahu menjadi watak besar di luar padang. Apabila saya bermain, saya hanya mahu menjadi antara pemain yang beraksi terbaik dan fokus sepenuhnya.”

Jobe risau tak sehebat abang di Dortmund

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker