Harimau kumbang masuk perangkap di Sungai Siput

Harimau kumbang masuk perangkap di Sungai Siput

Harimau kumbang masuk perangkap di Sungai Siput
Gambar hiasan

IPOH: Seekor harimau kumbang jantan berjaya ditangkap di Kampung Jalong, Sungai Siput, semalam, selepas dipercayai membaham ternakan penduduk sejak Februari lalu.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak, Yusoff Shariff, berkata mamalia seberat kira-kira 50 kilogram itu dianggarkan berusia tujuh tahun.

“Sejak Februari lalu, penduduk membuat aduan mengenai kehilangan haiwan ternakan mereka, jadi sejak itu kita memasang perangkap dan akhirnya harimau kumbang itu berjaya ditangkap semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Yusoff berkata, harimau kumbang itu akan dibawa dan dilepaskan ke habitat asal yang sesuai.

Beliau turut menasihati penduduk segera melaporkan kepada PERHILITAN jika terdapat jejak haiwan buas supaya tindakan segera boleh diambil.

Pada Julai tahun lalu, seekor harimau kumbang berjaya ditangkap di Ladang Jalong, Sungai Siput.– BERNAMA

Seekor harimau kumbang jantan berjaya ditangkap di Kampung

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker