Enggan hantar anak ke hospital, murid maut 8 jam selepas motosikal terbabas
Enggan hantar anak ke hospital, murid maut 8 jam selepas motosikal terbabas

KLUANG: Seorang murid Tahun Enam meninggal dunia selepas lapan jam terbabit dalam nahas di Jalan Get dekat Paloh, di sini, malam tadi.
Mangsa berusia 12 tahun dilaporkan meninggal dunia jam 9 malam ketika sedang berehat di rumahnya di Johor Bahru akibat kecederaan di perut.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata kematian murid Sekolah Kebangsaan Tiram Duku, Gelang Patah itu diketahui selepas bapanya membuat laporan polis petang tadi.
Beliau berkata, dalam laporan itu bapa mangsa memaklumkan anaknya menunggang motosikal terbabit dalam nahas itu ketika keluar rumah untuk ke sebuah kedai di Jalan Get, Paloh.
“Siasatan mendapati, mangsa bersama ahli keluarga bertandang ke rumah bapa saudara di Jalan Tengah, Paloh untuk ziarah kematian.
“Sebaik tiba di lokasi, motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh batu penghadang bahu jalan di sebelah kanan. Mangsa dibawa oleh bapanya ke sebuah klinik swasta di Kluang.
“Mangsa kemudian dibawa ke klinik swasta di Gelang Patah untuk terima rawatan dan seterusnya dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk menerima rawatan lanjut.
“Bagaimanapun, bapanya enggan menghantar ke HSA sebaliknya membawa mangsa pulang ke rumah,” katanya.
Bahrin berkata, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Enggan hantar anak ke hospital, murid maut 8 jam selepas motosikal terbabas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.