Al Hilal digantung sertai Piala Super Saudi

Al Hilal digantung sertai Piala Super Saudi

Al Hilal digantung sertai Piala Super Saudi
PEMAIN Al Hilal dilapor masih belum hilang penat selepas menyertai Piala Dunia Kelab di Amerika Syarikat baru-baru ini. FOTO Reuters

Riyadh: Juara bertahan Al Hilal akan digantung daripada menyertai Piala Super Saudi musim 2026-27 sekiranya layak selepas menarik diri daripada kejohanan empat pasukan musim ini, menurut Jawatankuasa Disiplin dan Etika Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF), semalam.

Keputusan itu dibuat selepas Al Hilal menarik diri daripada Piala Super yang dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 23 Ogos di Hong Kong, dengan alasan keletihan pemain selepas kempen Piala Dunia Kelab mereka. Mereka tewas 1-2 kepada Fluminense di suku akhir pada 4 Julai.

“Al Hilal enggan menyertai Piala Super Saudi bagi musim 2025-2026 selepas jadual rasmi kejohanan dikeluarkan,” kata Jawatankuasa Disiplin dan Etika dalam satu kenyataan.

“Akibatnya, jawatankuasa memutuskan Al Hilal telah melanggar Artikel (59-3) dalam Peraturan Disiplin dan Etika, dan mengenakan denda sebanyak 500,000 Riyal Saudi yang perlu dibayar kepada SAFF,” tambah kenyataan itu.

Selain daripada denda, kelab itu juga digantung daripada menyertai Piala Super 2026-27 dan dilucutkan daripada sebarang ganjaran kewangan yang diperuntukkan untuk kejohanan musim ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?


Jawatankuasa itu berkata keputusan tersebut boleh dirayu. Pihak Al Hilal telah diminta memberi maklum balas.

Al Hilal memenangi Piala Super dengan menewaskan Al Nassr musim lalu menjadikan ia gelaran kelima mereka sekali gus satu rekod kejohanan.

Piala Super Saudi ditandingi oleh juara dan naib juara Piala Raja serta Liga Pro Saudi. Al Hilal menamatkan saingan di tempat kedua dalam Liga Pro 2024-25 di belakang Al-Ittihad.

Al Hilal yang dijadual menentang naib juara Piala Raja, Al Qadsiah, dalam separuh akhir Piala Super pada 20 Ogos digantikan oleh juara Liga Juara-Juara AFC, Al Ahli.

Memandangkan Al-Ittihad menjuarai kedua-dua Liga Pro dan Piala Raja, tempat tambahan dalam Piala Super diberikan kepada Al Nassr, pasukan di tempat ketiga dalam liga yang akan bertemu Al-Ittihad dalam separuh akhir pada 19 Ogos.

Al Hilal digantung sertai Piala Super Saudi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker