40 PATI ditahan di Kundasang

40 PATI ditahan di Kundasang

40 PATI ditahan di Kundasang
PATI yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan di Kundasang. – Foto ihsan Imigresen Sabah

RANAU: Seramai 40 pendatang tanpa izin (PATI) termasuk kanak-kanak ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen (Imigresen) Sabah di sekitar Kundasang, semalam.

Operasi bersepadu hasil risikan dan maklumat awam itu membabitkan empat lokasi berasingan di daerah ini dan dijalankan 18 pegawai dari Pejabat Imigresen Daerah Ranau.

Pengarah Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yussof, berkata seramai 48 individu diperiksa dalam operasi berkenaan dan 40 daripadanya ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen.

“Daripada jumlah itu, 26 adalah lelaki dewasa, enam wanita dewasa, tujuh kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan yang merupakan warga Indonesia dan Filipina.

“Semua yang ditahan tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Menurutnya, Imigresen Sabah akan terus memperhebat operasi di kawasan panas yang dikenal pasti sebagai lokasi tumpuan PATI.

40 PATI ditahan di Kundasang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker