Tugas kapten jadi pembakar semangat Jimmy
Tugas kapten jadi pembakar semangat Jimmy

Seremban: Pertahanan tengah Negeri Sembilan FC (NSFC) Ahmad Khuzaimi Piee sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai kapten pasukan itu bagi mengharungi kancah saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2025/2026, yang akan membuka tirainya, Sabtu ini.
Khuzaimi yang mesra dipanggil Jimmy menerima mandat itu daripada ketua jurulatih pasukan, Nidzam Jamil, dan menyifatkan tugas berkenaan akan dipikul sebaik mungkin secara bersama dengan rakan-rakan lain.
“Saya sifatkan mandat yang diberikan pegawai pasukan selaku kapten adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaiknya, namun tak rasakan tugas itu adalah satu beban kerana ia akan digalas bersama dengan rakan lain.
“Semua pemain mahu menjulang nama Negeri Sembilan dan mahukan pencapaian yang lebih baik sepanjang musim 2025/2026 ini, jadi masing-masing akan berusaha melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diberikan dengan baik,” katanya hari ini.
Bekas pemain skuad Harimau Malaya berusia 31 tahun itu jelas mahu memberikan fokus kepada usaha memartabatkan kembali skuad Hobin Jang Hobin di persada liga berprestij tempatan selepas reputasi pasukan berkenaan jatuh merudum musim lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Dia percaya Negeri Sembilan mampu mencapai status pencabar terkuat dalam saingan Liga M kali ini melalui gandingan pemain berpengalaman serta muda yang menganggotai pasukan, di samping keinginan tinggi mereka untuk mencipta kejayaan.
“Saya dan rakan-rakan akan mencuba sebaik mungkin untuk meletakkan pasukan di kedudukan terbaik Liga Super.
“Mana-mana pemain pun sudah pastikan mahukan piala, tapi kita juga kena realistik dalam perkara ini dan akan berusaha melakukannya secara berperingkat.
“Insya-Allah, melalui pembaharuan dalam pasukan serta kerjasama mantap rakan-rakan, kita boleh mencipta kejayaan yang tidak dijangka,” kata pemain berpengalaman kelahiran Melaka yang pernah bersama Negeri Sembilan FC, sebelum ini.
Tugas kapten jadi pembakar semangat Jimmy
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.