Tindakan MFL buat perubahan saat akhir ibarat tiada pendirian – Pekan
Tindakan MFL buat perubahan saat akhir ibarat tiada pendirian – Pekan
Kuala Lumpur: Tindakan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sering melakukan ‘magis’ di saat akhir tanpa memikirkan impak kepada pasukan bertanding dilihat seperti tiada pendirian kukuh dalam merancang perjalanan Liga Malaysia (Liga M).
Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Pekan Ramli berkata, tindakan MFL yang suka memperkenalkan peraturan baharu ketika liga semakin hampir bukanlah sesuatu yang pelik, sebaliknya ia seperti satu kebiasaan buat mereka.
Justeru, katanya, apa yang dilakukan oleh MFL itu sebenarnya menimbulkan persepsi kurang bagus terhadap mereka sendiri.
“Musim ini sudah beberapa kali berlaku perubahan saat akhir yang dibuat oleh MFL dan walaupun mereka memberikan sebab-sebabnya, ia tetap menimbulkan persepsi tidak begitu baik kepada pengelola bola sepak negara.
“Sebabnya, kita anggap MFL ini satu badan profesional dan mereka perlu menjalankan kerja secara profesional.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
“Sepatutnya, apabila ingin memulakan musim baharu, semua penelitian tentang perubahan, peraturan dan sebagainya mestilah diputuskan lebih awal setelah melihat pelbagai implikasi.
“Tapi tiba-tiba diumumkan setiap pasukan boleh mendaftar 15 pemain import. Kemudian, pengurangan pemain import daripada tujuh orang di atas padang kini dikurangkan kepada enam pemain pula.
“Sekarang, ditambah lagi dengan pemain tempatan. Jadi, orang melihat ini tidak baik dari segi pengurusan dan memberi pelbagai persepsi negatif kepada MFL. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana mereka sudah lama menguruskan perjalanan liga,” katanya kepada Arena Metro.
Selain itu, beliau menyatakan pengumuman terbaharu mengenai kebenaran setiap pasukan mendaftar tiga pemain tempatan dilihat tidak membawa perubahan besar, sebaliknya seperti satu keputusan tergesa-gesa.
Bagi Pekan, sekiranya MFL memberi penekanan mewajibkan seorang pemain Bawah 23 Tahun (B-23) berada dalam kesebelasan utama, ia akan menjadi lebih baik.
“Kalau MFL mewajibkan sekurang-kurangnya seorang pemain B-23, itu dilihat satu perkara penting, tetapi sebaliknya yang berlaku.
“Mereka dilihat hanya seperti ingin membuat pengumuman tanpa membawa impak positif yang besar kepada pasukan bertanding,” katanya.
Tindakan MFL buat perubahan saat akhir ibarat tiada pendirian – Pekan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
You must be logged in to post a comment.