Suami isteri maut, kereta langgar pokok
Suami isteri maut, kereta langgar pokok

KINABATANGAN: Sepasang suami isteri maut selepas kenderaan dinaiki terbabas dan melanggar sebatang pokok di Kilometer 121, Kampung Paris 1 di sini, semalam.
Difahamkan, pasangan berusia 34 tahun itu meninggalkan tujuh anak sebelum itu menumpang kereta jenis Toyota Avanza dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengahari.
Kedua-duanya dikatakan mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia pada jam 3.43 petang di Hospital Kinabatangan.
Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan D Ravi, berkata kenderaan terbabit dipercayai dari arah Lahad Datu ke Kota Kinabalu.
“Kereta dinaiki mangsa dilaporkan hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar sebatang pokok di bahu jalan sebelah kiri.
“Akibat kemalangan itu, ketiga-tiga mangsa parah dan dibawa ke Hospital Kinabatangan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Kes disiasat mengikut seksyen 41(1) akta Pengangkutan Jalan 1987.
Suami isteri maut, kereta langgar pokok
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
You must be logged in to post a comment.