Suami isteri maut, Ford Mustang rempuh tiang elektrik

Suami isteri maut, Ford Mustang rempuh tiang elektrik

Suami isteri maut, Ford Mustang rempuh tiang elektrik
Kereta Ford Mustang dinaiki suami isteri terbabas sehingga mengorbankan pasangan itu. – Foto ihsan JBPM

SEGAMAT: Pasangan suami isteri yang juga pemilik kedai emas di Pekan, Pahang maut selepas kereta dinaiki terbabas dalam nahas di Kilometer 13, Jalan Segamat-Kuantan, berhampiran simpang Felda Pemanis, hari ini.

Nahas berlaku jam 2 petang ketika kereta jenis Ford Mustang dipandu Mohd Izuddin Harmaini, 51, dan ditemani isteri, Nur Syamimi Rosli, 36, dalam perjalanan dari Kuantan ke Segamat.

Difahamkan, ketika kejadian berlaku hujan lebat di sepanjang jalan berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata nahas itu berlaku ketika kereta dipandu Mohd Izuddin dipercayai hilang kawalan lalu terbabas sebelum merempuh dua tiang elektrik.

Beliau berkata, rempuhan itu menyebabkan pemandu dan penumpang kereta parah dan disahkan meninggal dunia tempat kejadian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?


“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung nahas itu boleh menghubungi balai polis berhampiran ataupun Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat di talian 07-9325811,” katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Segamat, Muhd Hazim Abd Razak, berkata pihaknya terpaksa menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa yang tersepit dalam kereta terbabit.

Suami isteri maut, Ford Mustang rempuh tiang elektrik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker