Sham Shamrat pikul amanah Pengarah Eksekutif KL City FC
Sham Shamrat pikul amanah Pengarah Eksekutif KL City FC

Kuala Lumpur: Skuad Kuala Lumpur City (KL City) FC terus mengorak langkah dengan melantik Datuk Sham Shamrat Sen Gupta sebagai Pengarah Eksekutif bagi memastikan bahagian pengurusan kelab berjalan lancar tanpa terpalit sebarang isu seperti musim sebelum ini.
Sham Shamrat mengakui tanggungjawab itu tidak mudah terutama dari segi pengurusan kewangan dan disebabkan itu, dia akan merangka beberapa langkah agar perjalanan pasukan pada musim ini lebih teratur.
“Saya menganggap ini satu amanah untuk menyumbang kepada pembangunan kelab dan bola sepak Kuala Lumpur secara keseluruhan.
“Fokus saya adalah memperkemaskan pentadbiran supaya lebih tersusun, telus dan berdaya saing.
“Dengan kerja kuat berpasukan, saya percaya kita boleh capai sasaran kita.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
“Dari segi teknikal, saya akan memberi kepercayaan penuh kepada jurulatih Risto (Vidakovic) serta barisan kejurulatihan dan tugas kami di pengurusan adalah untuk memberikan sokongan kepadanya,” katanya.
Selain itu, beliau sedar perbelanjaan harus digunakan sebaik mungkin memandangkan skuad Warga Kota itu tidak mempunyai bajet besar.
“Seperti kelab lain, kewangan adalah cabaran utama, tetapi dengan perancangan teliti dan pasukan yang komited, kami yakin dapat menguruskannya dengan baik.
“Fokus kini adalah mencari penyelesaian jangka panjang yang mampan termasuk melalui kerjasama strategik dengan ‘affiliate’ dan penaja yang berminat dengan pasukan ini,” katanya.
Musim 2025/2026 memperlihatkan KL City melakukan rombakan dengan membawa masuk beberapa pemain ternama seperti Safawi Rasid, Manuel Hidalgo, Syamer Kutty Abba dan ramai lagi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
Melihat kepada barisan pemain terkini, skuad dari Lembah Klang itu pasti mampu memberi cabaran sengit kepada pasukan lain dan memburu kedudukan terbaik dalam Liga Super musim ini.
Sham Shamrat pikul amanah Pengarah Eksekutif KL City FC
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.