Scha Alyahya Pamer Cara Lakukan Solekan Tebal [VIDEO]
Tapi Lain Pula Netizen Perhatikan
Scha Alyahya Pamer Cara Lakukan Solekan Tebal [VIDEO]
Dalam ramai-ramai selebriti, Scha Alyahya antara mereka yang gemar dan tak lokek berkongsi rutin solekan serta penjagaan wajah kepada peminat. Kali ini, Murai ternampak video rutin solekan Scha yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.
Dalam video tersebut, pelakon dan model ini telah memperlihatkan bagaimana dia menyiapkan diri dengan gaya solekan yang berbeza daripada kebiasaannya, iaitu solekan yang agak tebal.
Video Player
Video Player
Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, telah menggunakan lebih daripada 10 produk untuk menghasilkan solekan yang agak tebal. Bermula daripada mata sehinggalah ke produk bibir daripada jenama terkenal antarabangsa.
Video Player
Penampilan akhir Scha mendapat pujian ramai, ditambah pula dengan gaya rambut bangs pendeknya yang menaikkan lagi seri wajahnya.
“Bestnya kulit cantik, foundation sikit je pakai kulit dah onz”, komen @nadiah_othman.
“Adakah kita masih menunggu ketebalannya? Di manakah tebal? Tapi okay la, sangat cantik”, komen @nithiyadarshini88.
“Nape macam tak tebal. Tolong la Kakcha buat tebal lagi”, komen @fanurany.
“Tetap tak tebal. Kak Scha awak memang cantik semula jadi”, komen @fatiinraml.
Video Player
Apabila Murai menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberikan pelbagai reaksi termasuklah mengatakan jenis gaya rambut tersebut hanya sesuai pada sesetengah orang sahaja.
“Comelnya haircut rambut depan”, komen @alyafarhanazlan.
“Aduhai Scha sorang je boleh carry bangs macam tu. Lawoo”, komen @zuraidahjamari.
“Orang cantik potong rambut gitu pun cantik. Kitanya kalau potong rambut depan macam tu tak tahu la rupa apa”, komen @ptralyakrm.
“Ya Allah, kalau kami yang potong rambut macam tu, dah koko-ot dah. Macam badut sarkas semua ada”, komen @liyana_cherouse.
Apa-apa pun, Scha Alyahya sememangnya antara selebriti yang paling cantik di Malaysia! Apa kata kamu?
Scha Alyahya Pamer Cara Lakukan Solekan Tebal [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
You must be logged in to post a comment.