Neuhaus mohon maaf secara terbuka

Neuhaus mohon maaf secara terbuka

Neuhaus mohon maaf secara terbuka
NEUHAUS didakwa mempersendakan pengarah sukan Gladbach. FOTO Reuters

Berlin: Pemain tengah Borussia Moenchengladbach, Florian Neuhaus kembali menjalani latihan bersama pasukan selepas menjalani penggantungan selama empat minggu susulan insiden video tular yang didakwa mempersendakan pengarah sukan kelab itu.

Neuhaus, 28, turut tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pengurusan kelab dan penyokong Gladbach, khususnya kepada Roland Virkus, individu yang menjadi sasaran dalam video berkenaan.

“Saya ingin ambil kesempatan ini untuk sekali lagi memohon maaf kepada pihak pengurusan kelab serta penyokong Borussia atas tindakan saya, terutama kepada (pengarah sukan) Roland Virkus,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.

“Kami mempunyai hubungan profesional dan peribadi sejak sekian lama yang berlandaskan rasa hormat dan saling mempercayai. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk memulihkan semula kepercayaan itu.”

Akibat daripada insiden itu, kelab mengenakan denda besar, dianggarkan sekitar €100,000 (RM560,000) dan menggantungnya selama sebulan bermula awal Julai lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?


“Flo sudah pun memohon maaf dalam mesyuarat dalaman empat minggu lalu,” kata Virkus.

“Kami menghargai dia kini tampil secara terbuka. Bagi kami, isu ini sudah ditutup dan kami berharap dia dapat beri sepenuh tumpuan serta menyumbang kepada sasaran pasukan.”

Neuhaus yang menyertai Gladbach pada 2017 sudah membuat lebih 200 penampilan dalam semua kejohanan, namun musim lalu sekadar menjadi pemain gantian dengan hanya 17 aksi Bundesliga ketika kelab menamatkan saingan di tangga ke-10.

Neuhaus mohon maaf secara terbuka

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker