Netizen Persoal Bella Masih Terbayang Dendam Lama Biar YB Disisi

“Tak Pandang, Tak Salam Sophia Albarakbah”

Netizen Persoal Bella Masih Terbayang Dendam Lama Biar YB Disisi

Netizen Persoal Bella Masih Terbayang Dendam Lama Biar YB Disisi

Detik penyanyi dan pelakon Bella Astillah menyampaikan trofi kepada Sophia Albarakbah dalam Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025) mencetuskan suasana yang cukup tegang dan menjadi bualan hangat dalam kalangan penonton serta warganet. Bella, yang hadir sebagai penyampai kategori Selebriti Feminin Terhangat, dilihat agak janggal ketika mengumumkan nama Sophia sebagai pemenang, malah bahasa tubuhnya secara tidak langsung mendedahkan ketidakselesaan yang jelas.

Netizen Persoal Bella Masih Terbayang Dendam Lama Biar YB Disisi

 

Ucapan ringkas Bella, “Huh, yang ini saya kenal sangat, Sophia,” sewaktu mengumumkan kemenangan itu, dilihat oleh ramai sebagai sindiran bersahaja yang sarat dengan makna tersirat. Apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah sikap Bella yang langsung tidak menghulurkan tangan mahupun memandang ke arah Sophia ketika menyerahkan trofi. Sebaliknya, dia terus berpaling dan menjauh tanpa sebarang interaksi tambahan satu reaksi yang pantas menjadi perdebatan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Netizen Persoal Bella Masih Terbayang Dendam Lama Biar YB Disisi

 

Ramai yang menyifatkan suasana atas pentas itu cukup tegang dan penuh kekok, seolah-olah memperlihatkan pertelingkahan yang belum reda antara kedua-dua selebriti berkenaan. “Bukan main jelas riak muka Bella, macam kena paksa umumkan nama musuh,” tulis seorang pengguna. Seorang lagi turut berpendapat, “Aura atas pentas pun dah cukup sejuk. Memang nampak sangat dua-dua tak selesa.” Dalam pada itu, ada yang menyatakan bahawa situasi tersebut tidak perlu didramakan pun kerana ketegangan yang dirasai sudah cukup nyata. “Tak perlu drama pun kita dah boleh rasa tegangnya. Ini bukan ‘award moment’ biasa-biasa,” ciap seorang pengguna X.

Netizen Persoal Bella Masih Terbayang Dendam Lama Biar YB Disisi

 

Ketegangan antara Bella dan Sophia bukan perkara baru dalam radar industri hiburan tanah air. Nama Sophia pernah dikaitkan sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Bella dan Aliff Aziz sekitar awal tahun 2023. Ketika itu, Bella turut berkongsi tangkap layar mesej permohonan maaf daripada Sophia yang dipercayai berkaitan dengan isu tersebut. Walaupun Sophia ketika itu tampil ingin memperbetulkan keadaan, insiden itu nyata meninggalkan kesan yang mendalam kepada Bella.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

Netizen Persoal Bella Masih Terbayang Dendam Lama Biar YB Disisi

 

Bella dan Aliff yang berkahwin pada tahun 2016, sebelum ini pernah bercerai dan kemudian rujuk semula, namun akhirnya bercerai buat kali kedua pada 13 Jun lalu dengan talak satu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna. Kini, meskipun hubungan rumah tangga telah berakhir, babak atas pentas antara Bella dan Sophia menjadi bukti bahawa luka lama barangkali masih belum benar-benar sembuh.

Netizen Persoal Bella Masih Terbayang Dendam Lama Biar YB Disisi

 



DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker