Menteri Kerja Raya nafi keluarkan surat bayaran gratuiti

Menteri Kerja Raya nafi keluarkan surat bayaran gratuiti

Menteri Kerja Raya nafi keluarkan surat bayaran gratuiti
Foto media sosial

KUALA LUMPUR: Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menafikan bahawa kementerian ada mengeluarkan sepucuk surat bertarikh 28 Julai yang tular di media sosial berkaitan bayaran gratuiti kepada seorang individu.

Beliau berkata, surat itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan sama ada oleh pihak Kementerian Kerja Raya (KKR) atau beliau sendiri sebagai menteri.

“Kementerian tidak pernah mengeluarkan sebarang jemputan rasmi bagi majlis penyerahan bayaran gratuiti sedemikian.

“Sehubungan itu, saya menasihati orang ramai agar tidak terpedaya dengan dokumen seumpama ini yang jelas mempunyai unsur penipuan dan penyamaran,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Alexander berkata, pihaknya telah mengambil maklum perkara itu dan sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?


Orang ramai yang mempunyai sebarang keraguan mengenai ketulenan dokumen atau komunikasi yang didakwa dikeluarkan oleh KKR dinasihatkan untuk menghubungi terus saluran rasmi kementerian di laman sesawang www.kkr.gov.my atau talian rasminya.

Sebelum ini, tular di media sosial surat pemberian gratuiti lebih RM26 juta kepada waris seorang individu dalam majlis yang akan diadakan di KKR, esok.

Menteri Kerja Raya nafi keluarkan surat bayaran gratuiti

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker