Lelaki ditahan pecah masuk rumah Choii
Lelaki ditahan pecah masuk rumah Choii

BAYAN LEPAS: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung penahanan seorang lelaki di Batu Maung di sini, hari ini yang memecah masuk rumah pempengaruh TikTok dikenali sebagai Choii.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, siasatan awal mendapati suspek dipercayai memasuki rumah itu menerusi pintu belakang ketika pembantu rumah keluar membuang sampah.
“Apabila menyedari kehadiran pengadu, suspek berjaya melarikan diri namun suspek berpatah balik ke rumah berkenaan bagi mengambil barang yang tertinggal.
“Pada masa itu juga suspek berjaya ditangkap pengadu bersama rakan-rakannya sebelum menyerah lelaki itu kepada polis peronda (MPV) yang bertugas di Zon 3 Batu Maung,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Sazalee berkata, hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamin, amphetamine dan benzodiazepine serta kesalahan lampau berkaitan dadah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Balik Pulau esok bagi mendapatkan perintah permohonan reman.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.
“Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa memastikan pintu dan tingkap rumah sentiasa dikunci dengan baik serta memastikan sistem keselamatan berada dalam keadaan berfungsi bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya lagi.
Terdahulu, video mengenai kejadian turut tular di Facebook yang dimuatnaik menerusi Amigos Media Viral.
Lelaki ditahan pecah masuk rumah Choii
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
““““““`
You must be logged in to post a comment.