Kayu gaharu, peralatan bernilai RM106 juta disita
Kayu gaharu, peralatan bernilai RM106 juta disita

MELAKA: Polis menyita kayu gaharu pelbagai jenis serta peralatan pemprosesan bernilai lebih RM106 juta dalam satu serbuan bersepadu di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Bukit Rambai serta sebuah rumah di Taman Ayer Keroh Heights, di sini bulan lalu.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar, berkata serbuan menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) itu dilakukan pada 31 Julai lalu hasil risikan Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), Bukit Aman.
Beliau berkata, pemeriksaan mendapati kedua-dua premis terbabit menjalankan aktiviti pemilikan, penyimpanan, pemprosesan dan urus niaga kayu gaharu secara tidak sah.
“Kayu gaharu yang ditemukan dipercayai daripada spesies Aquilaria Malaccensis atau lebih dikenali sebagai `agarwood’, yang dikawal di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) serta peraturan berkaitan yang dikuatkuasakan Jabatan Perhutanan,” katanya selepas meninjau lokasi serbuan di Bukit Rambai, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Pengarah JKDNKA Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zain
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
Operasi bersepadu itu disertai pelbagai agensi penguat kuasa termasuk Jabatan Perhutanan, Lembaga Hasil Dalam Negeri (KHDN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).
Antara kesalahan dikenal pasti ialah mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 84 Akta Perhutanan Negara 1984, Seksyen 3(1) Enakmen Industri Berasaskan Kayu 1986 serta pelbagai pelanggaran lesen dan peraturan perniagaan lain.
Barangan yang dirampas dalam operasi itu termasuk 566 guni kayu karas seberat kira-kira 12,178 kilogram (kg), 277 guni serbuk kayu karas (5,783kg), 10 kotak kayu karas (100kg), kayu karas jenis damar minyak (2,585.2kg), kayu pelbagai spesies berisipadu 43.84 meter padu, 167 tunggul kayu disyaki import, pelbagai mesin dan peralatan memproses kayu, alat pemangkin elektronik serta peralatan kilang minyak.
Dzulkhairi berkata, polis turut menahan dua lelaki warga Myanmar dalam operasi berkenaan yang dipercayai tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah serta seorang wanita tempatan berusia 55 tahun yang juga pemilik kediaman di Ayer Keroh Heights.
Katanya, siasatan awal mendapati premis itu tidak pernah berdaftar atau memohon lesen dengan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia atau pun Jabatan Perhutanan negeri.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
“Tiada sebarang kelulusan berkaitan pemindahan atau pemilikan hasil hutan dikeluarkan bagi aktiviti dijalankan, malah premis itu dipercayai beroperasi secara haram lebih setahun, dengan produk dipasarkan di pasaran tempatan serta dieksport, manakala bekalan kayu gaharu pula diperoleh dari Melaka dan juga diimport dari negeri lain.
“Pada masa sama, polis turut menjalankan siasatan susulan terdapat tiga laporan kehilangan pokok gaharu di beberapa kawasan hutan sekitar negeri ini pada tahun ini dan kami syaki kayu gaharu yang dicuri itu dijual dan diproses di premis terbabit,” katanya.
Kayu gaharu, peralatan bernilai RM106 juta disita
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.