Gondomar SC abadikan Jota, Andre Silva pada jersi baharu

Gondomar SC abadikan Jota, Andre Silva pada jersi baharu

Gondomar SC abadikan Jota, Andre Silva pada jersi baharu
GONDOMAR berkata ia bukan sekadar jersi, tetapi satu penghormatan abadi. FOTO Ihsan Gondomar SC

Porto: Kelab tempat kelahiran dua bintang bola sepak Portugal, Diogo Jota dan Andre Silva tampil memberi penghormatan menyentuh hati apabila menjadikan jersi musim baharu sebagai dedikasi kepada dua beradik itu yang maut dalam kemalangan jalan raya di Sepanyol pada 3 Julai lalu.

Pasukan divisyen keempat Portugal, Gondomar SC, mencetak wajah penyerang Liverpool dan Portugal, Jota bersama mendiang adiknya, Andre Silva, yang juga pemain kelab Panafiel pada bahagian depan jersi rasmi mereka musim ini.

Bahagian belakang jersi pula dihiasi simbol infiniti dengan nama kedua-dua pemain, sebagai simbolik kasih sayang yang kekal abadi.

“Lebih daripada sekadar jersi, ini satu penghormatan abadi,” kata Gondomar SC dalam hantaran di media sosial rasmi kelab itu.

“Kerana bola sepak bukan sekadar kemenangan dan jaringan. Ia mengenai legasi, keluarga, cinta terhadap tanah kelahiran.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?


“Setiap kali pemain kami menyarung jersi ini, seolah-olah mereka turun ke padang bersama-sama.”

Sementara itu, Liverpool turut mengumumkan bahawa semua pemain akan memakai emblem khas ‘Forever 20’ pada jersi dan jaket stadium sepanjang musim Liga Perdana Inggeris ini sebagai penghormatan buat Jota.

Berdasarkan rundingan dengan keluarga Jota, kelab itu turut bersetuju untuk menggantung jersi nombor 20 di semua peringkat pasukan, termasuk skuad wanita dan akademi.

Jota dan Andre Silva membesar di Gondomar, sebuah bandar kecil di pinggir Porto, yang menjadi tempat mereka mula mengenal bola sepak sebelum melangkah ke pentas profesional.

Gondomar SC abadikan Jota, Andre Silva pada jersi baharu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker