Fattah Amin Mula Hilang Sabar

Cerai Dengan Fazura Masih Dipersoal

Fattah Amin Mula Hilang Sabar

Fattah Amin Mula Hilang Sabar

Sekali lagi nama Fattah Amin menjadi sasaran dakwaan curang apabila muncul semula tuduhan bahawa kehadiran orang ketiga menjadi punca keretakan rumah tangganya dengan pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura. Tuduhan liar yang kembali tular itu nyata mengundang rasa kurang senang pelakon filem Trinil tersebut yang menyifatkan ia sebagai satu bentuk fitnah melampau yang jelas mahu menjatuhkan reputasi serta mencalar imejnya dalam industri hiburan tanah air.

 

Enggan berdiam diri, Fattah yang ditemui ketika menghadiri Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT2025) di Putrajaya malam tadi mengesahkan bahawa beliau bersama pasukan pengurusannya kini sedang mengambil langkah undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan cerita palsu tersebut. “Ya, memang ada pihak yang cuba nak mencalarkan nama dan reputasi saya. Ada peminat yang maklumkan mengenai perkara itu. Tapi saya tak takut, negara kita ada undang-undang,” katanya penuh yakin.

Fattah Amin Mula Hilang Sabar
Walaupun kecewa, Fattah tidak menafikan bahawa situasi ini adalah antara cabaran yang perlu dilalui sebagai selebriti. Baginya, bukan semua tahun dalam industri dipenuhi sorakan dan pujian, pasti akan tiba masa berdepan dengan ujian dan pandangan serong. “Saya anggap ini lumrah sebagai selebriti. Kita tak boleh harap 10 atau 15 tahun dalam industri ini semuanya positif. Ada masa, ada individu yang tak senang tengok kejayaan orang lain,” ujarnya yang kini berusia 35 tahun.

Fattah Amin Mula Hilang Sabar

 

Ketika ditanya sama ada fitnah tersebut memberi kesan kepada kariernya, Fattah menegaskan bahawa fokus utamanya kini adalah terhadap kerjaya seni dan peminat yang sentiasa menyokong. Malah, beliau juga bertekad untuk memastikan kredibilitinya sebagai artis tidak tercemar hanya kerana permainan pihak tidak bertanggungjawab. “Saya akan terus bekerja. Benda-benda yang tak betul ini, kita sudah serahkan kepada pengurusan dan undang-undang. Kalau cerita-cerita macam ini mula mengganggu kerjaya seni saya, memang perlu ambil tindakan tegas,” tegasnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?

Fattah Amin Mula Hilang Sabar

 

Dalam majlis yang sama, Fattah turut menerima trofi Selebriti Maskulin Terhangat, dan kemenangan itu dianggap sebagai bukti masih ada peminat yang menghargai kerja kerasnya. Beliau sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang mengundinya serta menyifatkan peminat sebagai ‘pembeli’ dalam perniagaan seni yang diceburinya. “Kita umpama peniaga dan peminat adalah pembeli, jadi kita kena pastikan jual produk yang bagus,” jelasnya.

Fattah Amin Mula Hilang Sabar

 

Untuk rekod, Fattah dan Fazura pernah menjadi antara pasangan selebriti paling disegani dan dihormati dalam industri. Mereka mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 namun perkahwinan itu berakhir pada 7 Oktober 2024. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun. Kini, meskipun ikatan perkahwinan sudah terlerai, nama mereka berdua tetap menjadi perhatian dan tular setiap kali dikaitkan dengan sebarang kontroversi.

Fattah Amin Mula Hilang Sabar

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker