Cklamovski harap pemain tempatan mampu raih slot Harimau Malaya
Cklamovski harap pemain tempatan mampu raih slot Harimau Malaya

Kuala Lumpur: Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski menggesa setiap pemain Liga Malaysia (Liga M) untuk menampilkan aksi terbaik agar dirinya ‘jatuh hati’ bagi memanggil mereka pada aksi persahabatan menentang Singapura dan Palestin, bulan depan.
Cklamovski percaya bakat tempatan di Malaysia sangat banyak dan mereka mempunyai potensi untuk diberikan peluang mewakili Harimau Malaya nanti.
Justeru, dia dan barisan jurulatih akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi melihat pemain yang benar-benar layak agar boleh berada dalam senarai pemain Harimau Malaya.
“Saya ada keyakinan yang Malaysia mempunyai pemain berbakat dan saya agak bertuah untuk menyaksikan banyak perlawanan di Liga Super.
“Saya dapat melihat bakat yang ada termasuk membabitkan pemain muda.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
“Saya fikir ada ruang untuk kita hubungkan negara dan beri peluang kepada pemain muda untuk berkembang.
“Jika kita fokus untuk perbaiki semua perkara ini, ia adalah sesuatu yang lebih baik buat pasukan negara pada masa akan datang,” katanya.
Saingan Liga M musim ini akan bermula dengan aksi Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Jumaat ini.
Ia sudah pasti akan menjadi medan terbaik buat pemain tempatan membuktikan sesuatu untuk menunjukkan Malaysia turut mempunyai pemain bertaraf tinggi.
Ketika ini, pengurusan Harimau Malaya dilihat lebih banyak memberi tumpuan kepada projek revolusi seperti pemain berdarah warisan di luar negara bagi memperkuatkan pasukan negara.
Selain itu, peminat menaruh harapan tinggi buat bekas pemain K V Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin yang kini menyarung jersi Negeri Sembilan FC (NSFC) untuk mendapatkan kembali rentak permainan terbaiknya dan mewakili negara bergandingan bersama Arif Aiman Hanapi.
Cklamovski harap pemain tempatan mampu raih slot Harimau Malaya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.