Budak 2 tahun maut terjatuh dalam lubang pembentung

Budak 2 tahun maut terjatuh dalam lubang pembentung

Budak 2 tahun maut terjatuh dalam lubang pembentung
Anggota bomba di lokasi seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam lubang pembentung di Sibu. – Foto ihsan JBPM

SIBU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas terjatuh ke dalam lubang pembentung di Jalan Pedada di sini, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan pada jam 6.29 petang.

“Sebaik tiba, anggota bomba dimaklumkan seorang kanak-kanak lelaki dipercayai terjatuh ke dalam lubang pembentung berhampiran laluan terbabit,” katanya.

Terdahulu, bapa mangsa turut memaklumkan anak lelakinya itu hilang dan dipercayai terjatuh ke dalam lubang sistem pembentungan berkenaan.

Anggota bomba kemudian menjalankan pemeriksaan dan memulakan usaha pencarian mangsa pada jam 6.55 petang sebelum menemui mayat mangsa terapung di dalam pembentung itu jam 7 malam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?


Sejurus berjaya dikeluarkan, mayat mangsa diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada di lokasi sebelum disahkan meninggal dunia.

Mayat kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Budak 2 tahun maut terjatuh dalam lubang pembentung

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker