Akibat berlumba, 2 motosikal, 3 kereta kemalangan
Akibat berlumba, 2 motosikal, 3 kereta kemalangan

SUNGAI BULOH: Dua penunggang motosikal terbabit kemalangan dengan tiga lagi kereta di Kilometer (km) 9.6 Lebuhraya Guthrie hala selatan, kelmarin.
Sebelum kemalangan tular rakaman papan pemuka sebuah kereta memaparkan aksi sekumpulan penunggang motosikal menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya dan melulu.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya mengesan satu video tular di laman media sosial Facebook yang memaparkan aksi menunggang secara melulu dan merbahaya sehingga menyebabkan kemalangan dua motosikal dan tiga kereta jam 12.40 tengah malam, kelmarin.
Menurutnya, kemalangan dipercayai apabila kereta dalam perjalanan dari Elmina menghala ke Meru, Klang memperlahankan kenderaan ketika tiba ditempat kejadian bagi mengelak dua motosikal yang terbabit dalam kemalangan terlebih awal.
“Kemudian, datang sebuah kereta lain tidak sempat mengelak lalu merempuh yang memperlahankan kenderaannya sebelum pemandu terbabit kemudian merempuh sebuah lagi kereta.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
“Akibat kemalangan itu, tiga kereta mengalami kerosakan namun tiada kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Hafiz berkata, penunggang motosikal terbabit belum dikenalpasti dan sedang dikesan oleh pihak polis.
“Pihak polis tidak menolak kemungkinan kemalangan adalah berpunca dari cara pemanduan yang tidak berhemah.
“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak terbabit dengan sebarang aktiviti yang tidak bermoral terutama kegiatan lumba haram mahupun samseng jalanan kerana ianya perbuatan yang sia-sia dan mungkin mengakibatkan kehilangan nyawa serta mudarat yang lebih besar,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Trafik, Inspektor Azie Azyanti Mohd Rafae di talian 013-6756317 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di talian 03-61561222,” katanya.
Dua penunggang motosikal terbabit kemalangan dengan tiga
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.