Pengiring itik lintas jalan dicari

Pengiring itik lintas jalan dicari

Pengiring itik lintas jalan dicari
Seorang penjaga membantu kawanan itik melintas jalan raya. – SWNS

LONDON – Sebuah bandar di North Yorkshire, England menawarkan jawatan sukarelawan kepada penduduk tempatan untuk menjaga keselamatan 20 ekor itik setiap hari, lapor akhbar Metro UK.

Inisiatif itu dilakukan selepas haiwan tersebut didapati berkeliaran di jalan raya bandar Thrisk tanpa pengawasan, menyebabkan empat ekor itik mati tahun lalu.

Selain membantu itik melintas jalan, penjaga atau warden perlu mengiringi dan mengawasi itik-itik pada setiap petang hingga malam.

Inisiatif tersebut ditubuhkan oleh seorang penduduk bernama Jodie Wood, 41, demi menjaga keselamatan haiwan tersebut.

“Ia bukan keseronokan semata-mata kerana ada masanya, terdapat orang mabuk cuba mengganggu kawanan itik.

Sementara itu, seorang sukarelawan, Emma-Jayne Hutchings berkata, dia berasa seronok menjadi pengiring itik terutamanya ketika melihat haiwan-haiwan itu berjalan seperti berkawad dalam dua batalion. – AGENSI

Pengiring itik lintas jalan dicari

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker