Lyles catat masa terpantas dunia 200m tahun ini

Lyles catat masa terpantas dunia 200m tahun ini

Lyles catat masa terpantas dunia 200m tahun ini
LYLES dan Bednarek berentap dalam acara 200m di Hayward Field, Eugene, Oregon. FOTO AFP

Eugene, Amerika Syarikat: Noah Lyles memecut laju melepasi Kenny Bednarek untuk memenangi perlumbaan sengit 200 meter (m) dengan catatan masa terbaik dunia tahun ini di Kejohanan Olahraga USA, awal pagi tadi.

Lyles, juara dunia tiga kali acara itu ketinggalan ketika keluar dari selekoh tetapi meluru ke hadapan dan menamatkan perlumbaan dengan catatan 19.63 saat (s) yang juga masa terpantas dunia musim ini sekali gus amaran kepada pencabarnya menjelang Kejohanan Dunia bulan depan di Tokyo.

Bednarek, yang memenangi acara 100m pada Jumaat, menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan 19.67s.

“Ini kejohanan agak sukar,” kata Lyles, yang mengalami kecederaan buku lali musim ini. “Saya letih. Ia agak mencabar, terutamanya bila anda tidak berada pada tahap 100 peratus.”

Lyles sebenarnya tidak perlu bertanding di Eugene, Oregon untuk layak ke Tokyo kerana dia sudah pun mendapat ‘bye’ dalam acara 100m dan 200m selaku juara bertahan.

Sementara itu, dalam acara 200m wanita, Melissa Jefferson-Wooden muncul juara, menjadikannya wanita pertama sejak 2003 yang memenangi gelaran 100m dan 200m dalam kejohanan ini.

Juara Olimpik 200m Gabby Thomas pula hanya berjaya merebut tempat ke pasukan dunia melalui ‘photo finish’, selepas tamat bersama Brittany Brown dengan catatan 22.20 saat.

Melissa mendahului dari awal dan menang dengan 21.84 saat, diikuti Anavia Battle di tempat kedua dengan 22.13 saat. Gabby berjaya menewaskan Brittany dengan hanya satu per seribu saat untuk tempat ketiga.

Aksi final itu tidak menyaksikan kelibat Sha’Carri Richardson, yang gagal mara selepas menamatkan separuh akhir di tempat keempat.

Sha’Carri yang ditahan awal minggu ini kerana kes keganasan rumah tangga di Lapangan Terbang Seattle, turut menarik diri daripada separuh akhir 100m lebih awal dalam ujian kelayakan AS. Namun, dia tetap dijamin tempat ke Tokyo dalam acara 100m sebagai juara dunia semasa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya


Donavan Brazier pula membuat kemunculan semula yang bergaya selepas hampir tiga tahun dengan kemenangan dalam acara 800m lelaki.

Juara dunia 2019 itu yang banyak bergelut dengan kecederaan menamatkan perlumbaan dalam 1:42.16 saat.

Cooper Lutkenhaus, pelajar sekolah menengah, memecahkan rekod dunia bawah-18 dengan catatan masa 1:42.27 saat.

“Saya selalu bayangkan saat ini akan berlaku, tapi tak tahu sama ada ia benar-benar akan jadi kenyataan,” kata Brazier kepada NBC.

Juara NCAA tahun ini, Roisin Willis, mencipta kejutan dengan memenangi 800m wanita dalam 1:59.26 saat selepas melakukan pecutan lewat ke hadapan.

Cole Hocker pula menunjukkan aksi cemerlang di pusingan akhir untuk menjuarai acara 5,000m lelaki, sehari selepas memenangi gangsa dalam 1500m, acara yang dimenanginya di Sukan Olimpik Paris.

Pemenang pingat perak dunia tiga kali, Sandi Morris, memenangi acara lompat bergalah wanita dengan lompatan setinggi 4.83m.

Ja’Kobe Tharp pula memenangi acara 110m lari berpagar lelaki yang tidak disertai juara Olimpik Paris, Grant Holloway, yang merupakan kelima terpantas di separuh akhir tetapi memilih untuk tidak menyertai final kerana sudah layak ke Tokyo dan akan berusaha mempertahankan gelaran dunia keempatnya di luar gelanggang.

Lyles catat masa terpantas dunia 200m tahun ini

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker