Impak pantas Diouf

Impak pantas Diouf

Impak pantas Diouf
FULLKRUG meraikan gol pertama West Ham United bersama Bowen ketika menentang Bournemouth di Stadium Mercedes-Benz. FOTO AFP

Washington: Niclas Fullkrug dan Jarrod Bowen menjaringkan gol untuk membantu West Ham United menewaskan Bournemouth 2-0, awal pagi tadi sekali gus kemenangan kedua kelab dari London itu daripada tiga perlawanan dalam Siri Musim Panas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Hantaran tepat daripada bek kiri Senegal, El Hadji Malick Diouf yang baru ditandatangani pada 15 Julai membantu mencipta kedua-dua gol West Ham dalam perlawanan penutup jelajah pramusim mereka di Amerika Syarikat yang berlangsung di Atlanta.

“Kedua-dua gol hasil daripada dia, kualiti yang dia miliki sangat jelas,” kata Bowen mengenai Diouf. “Dia baru saja berada di sini beberapa minggu, tetapi anda akan sangka dia sudah bermain bersama kami bertahun-tahun.

“Dia seorang yang merendah diri. Dia hebat untuk pasukan dan jelas seorang pemain bola sepak yang cemerlang juga. Kami sangat teruja untuk melihat apa lagi apa dia boleh lakukan di sini.”

Bowen menjaringkan gol pada minit ke-67 selepas menerima hantaran Diouf ketika membuat larian ke tengah kotak dan merembat dengan kaki kanan ke penjuru kiri gawang lawan.

Bournemouth mempunyai beberapa peluang dalam 15 minit pertama tetapi mensia-siakan peluang apabila percubaan mereka terkena tiang gol.

“Apa yang saya suka adalah semangat pasukan. Kami tidak memulakan perlawanan dengan baik, tetapi kami bertahan. Kami bersatu dan bermain sebagai satu pasukan,” kata Bowen.

“Itu antara perkara baik yang dapat dilihat, semangat dan kebersamaan apabila sesuatu tidak berjalan lancar pada awalnya. Anda tetap bersama, saling memberi motivasi, dan akhirnya anda menang perlawanan.”

West Ham tewas 1-2 kepada Manchester United dalam perlawanan pembukaan kejohanan persahabatan secara ’round-robin’ tetapi bangkit menewaskan Everton 2-1.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya


“Perkara positif ialah kami bermain tiga perlawanan sangat bagus dan kompetitif menentang pasukan Premier League,” kata Bowen.

“Dalam perlawanan menentang Man United, saya rasa kami bermula perlahan tetapi memberi persembahan positif dan agak tidak bernasib baik untuk kalah pada hari itu.”

Impak pantas Diouf

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker