Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

 

Pendedahan bekas Hakim Besar Sabah & Sarawak, TS Abdul Rahman Sebli, ketika ucapan perpisahan beliau sangat mengejutkan.

Beliau dengan berani dan secara terbuka mendedahkan pengalaman beliau ketika menganggotai panel tujuh hakim dalam satu kes perlembagaan berprofil tinggi pada tahun 2021.

“Saya diminta untuk toe the line.

“Deraf penghakiman saya dikritik secara kasar, sehingga digelar hypocritical.”

“Namun saya tidak berganjak dari pendirian saya,” jelas beliau.

Beliau menjelaskan, sebelum keputusan itu diumumkan, beliau telah menyediakan satu deraf penghakiman dan mengedarkannya kepada enam ahli panel yang lain.

Ianya adalah satu amalan standard di Mahkamah Persekutuan.

Tidak lama selepas itu, beliau menerima satu e-mel daripada seorang hakim kanan yang mengkritik keras pandangannya.

Malah menggunakan bahasa sinis dan condescending.

Beliau juga mendedahkan bahawa beliau terdengar salah seorang hakim kanan membisikkan kepada rakan panelnya untuk crack the whip ke atas mereka yang tidak bersetuju.

Apa yang didedahkan oleh Abdul Rahman menimbulkan persoalan kepada kita, apakah institusi kehakiman masih lagi mempunyai kredibiliti dan integriti?

Rakyat sering dimomokkan dengan laungan kebebasan badan kehakiman dan kepentingan untuk membenarkan hakim membuat keputusan tanpa sebarang tekanan.

Tetapi di sebalik momokan itu, bukankah pendedahan Abdul Rahman itu memberitahu kita bahawa ada konspirasi di kalangan hakim dalam menentukan keputusan?

Tengku Maimun Cuba Menegakkan Benang Yang Basah?

 

Ketika menjawab pertanyaan wartawan mengenai apa yang dibangkitkan oleh Abdul Rahman, bekas Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun, dilihat cuba berdolak dalih dengan fakta yang tidak relevan.

Abdul Rahman mendedahkan mengenai wujudnya konspirasi di kalangan hakim dalam menentukan keputusan mahkamah.

Dunia mahu tahu, apakah dakwaan bekas Hakim Besar Sabah & Sarawak itu benar?

Sekiranya benar, mengapakah ianya boleh berlaku?

Sebagai seorang yang menjawat jawatan Ketua Hakim Negara ketika itu, apakah Tengku Maimun tidak tahu apa yang sedang berlaku?

Fakta beliau hanya terlibat dalam 5 dari 19 kes yang melibatkan perlembagaan tidak menjawab dakwaan yang ditimbulkan.

Ia lebih sesuai dimasukkan dalam Curiculum Vitae sekiranya Tengku Maimun mahu memohon pekerjaaan baharu!

Sekiranya dakwaan Abdul Rahman tidak benar, institusi kehakiman mesti membuat laporan polis supaya ianya disiasat.

Tetapi mengapakah selepas hampir seminggu berlalu, tidak ada laporan polis dibuat?

 

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Layari Laman Facebook:

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker