Amorim mahu atasi Ferguson, kendali Man United 20 tahun

Amorim mahu atasi Ferguson, kendali Man United 20 tahun

Amorim mahu atasi Ferguson, kendali Man United 20 tahun
AMORIM ketika United menentang Everton di Stadium Mercedes-Benz, awal pagi tadi. FOTO AFP

Chicago: Ruben Amorim berkata beliau mahu kekal di Manchester United selama 20 tahun dan tidak meragui kelab itu akan kembali menjadi juara England dan Eropah suatu hari nanti.

Amorim sedang membuat persiapan untuk musim penuh pertamanya sebagai pengurus selepas permulaan sukar sejak dilantik di Old Trafford pada November lalu.

Tiada pengurus United sejak era Sir Alex Ferguson yang bertahan lebih daripada tiga tahun, tetapi jurulatih dari Portugal itu yang mempunyai kontrak sehingga 2027 dengan pilihan lanjutan setahun berkata, beliau menyasarkan tempoh lebih panjang.

“Saya mahu kekal, saya mahu kekal selama 20 tahun,” katanya. “Itulah matlamat saya dan benar-benar percaya akan hal itu. Sesuatu akan berlaku dan selalunya akan berlaku. Pada waktu tertentu saya akan bernasib baik.

“Saya pernah banyak kali bernasib baik dalam kerjaya sebagai pengurus dan idea saya untuk kekal selama bertahun-tahun. Tapi, seperti biasa, keputusan perlawanan akan menentukannya. Saya tahu musim lalu saya sudah menggunakan semua ‘kredit’, tapi saya sedia untuk bermula semula.”

Amorim kini cuba bangkit selepas United menamatkan musim lalu di tangga ke-15 Liga Perdana Inggeris (EPL), pencapaian terburuk kelab itu sejak diturunkan ke divisyen kedua lebih 50 tahun lalu.

United kali terakhir memenangi gelaran EPL pada 2013 di bawah kendalian Ferguson dan kali terakhir menjulang trofi Liga Juara-Juara pula adalah pada 2008 apabila menewaskan Chelsea di final.

Namun, meskipun telah lama menunggu kejuaraan tertinggi di England dan Eropah, Amorim yakin kejayaan akan kembali ke Old Trafford.

“Saya tidak ragu-ragu,” kata Amorim. “Ada perkara yang tak boleh dibeli dan kelab ini memilikinya. Warisan, sejarah, penyokong. Kami ada semua itu. Saya rasa itu sangat jelas. Kemudian dari segi kewangan kami ada duit walaupun tanpa Liga Juara-Juara dan lebih banyak lagi pada masa akan datang. Kami sedang lakukan segalanya.”

Dalam pada itu, Amorim tetap berpuas hati dengan prestasi pasukannya sepanjang aksi pramusim di Amerika Syarikat yang berakhir awal pagi tadi.

United hanya mampu seri 2-2 dengan Everton di Stadium Mercedes-Benz yang menyaksikan Bruno Fernandes (menerusi penalti) dan Mason Mount menjaringkan gol untuk United.

Everton menyamakan kedudukan buat kali pertama melalui Iliman Ndiaye sebelum gol sendiri lewat permainan oleh Ayden Heaven memastikan keputusan seri.

Amorim masih mempunyai satu lagi perlawanan persahabatan menentang Fiorentina di Old Trafford sebagai persiapan akhir sebelum musim EPL bermula menentang Arsenal pada 17 Ogos.

 

Amorim mahu atasi Ferguson, kendali Man United 20 tahun

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker