Sydney, Masai mara ke Kejohanan Dunia
Sydney, Masai mara ke Kejohanan Dunia

Eugene: Dua jaguh Olimpik, Sydney McLaughlin Levrone dan Masai Russell menampilkan larian meyakinkan di ujian kelayakan olahraga Amerika Syarikat (AS) untuk melayakkan diri ke Kejohanan Dunia di Tokyo, September ini.
Sydney, juara Olimpik dua kali dalam acara 400 meter (m) berpagar, memenangi acara 400m dengan catatan mengagumkan 48.90 saat (s) di Hayward Field, Eugene, mengatasi Isabella Whittaker (49.59s) dan Aaliyah Butler (49.91s).
“Saya mahu cabar diri tahun ini. Walaupun tidak selesa, saya nekad untuk mencuba sesuatu yang baru,” katanya mengenai keputusannya meninggalkan acara berpagar buat sementara waktu.
Sementara itu, Masai Russell yang memenangi emas 100m berpagar wanita di Sukan Olimpik Paris, turut tampil garang dengan catatan 12.22s untuk menewaskan Grace Stark (12.31s) dan Alaysha Johnson (12.36s).
Pelari berusia 25 tahun itu memulakan musim ini dengan mencipta rekod AS 12.17s pada Mei, namun sempat mengalami kecederaan buku lali yang hampir menjejaskan persiapan ke kejohanan ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
“Tapi saya tahu ini matlamat saya. Menang emas Olimpik buatkan saya rasa lebih bertanggungjawab. Orang ramai jangka saya kekalkan prestasi.”
Bagaimanapun, kejutan berlaku dalam acara 1,500m lelaki apabila juara Olimpik, Cole Hocker sekadar menamatkan perlumbaan di tempat ketiga selepas tersekat di kelompok pelari lain pada 200m terakhir.
Kemenangan menjadi milik Jonah Koech, pelari kelahiran Kenya yang merekodkan masa 3 minit 30.17 saat, diikuti Ethan Strand (3:30.25s) dan Hocker (3:30.37s).
“Menang bukan keutamaan utama hari ini, tapi saya tak nafikan, rasa kecewa tetap ada,” kata Hocker.
“Kalau ini adalah final Kejohanan Dunia, saya pasti akan ubah strategi larian.”
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Dalam acara 400m berpagar lelaki, juara Olimpik Rai Benjamin mara ke final dengan penuh bergaya, memenangi saringan dalam masa 47.45s, catatan terpantas peringkat awal.
Seorang lagi bintang yang mencuri tumpuan ialah Jacory Patterson yang menang acara 400m lelaki dengan catatan 44.16s, sekali gus layak ke Tokyo.
Patterson, 25, sebelum ini bekerja syif malam memunggah barangan di syarikat penghantaran UPS sebelum melepaskan jawatan itu pada Jun lalu untuk memberi fokus kepada karier sukan.
“Saya rasa seperti bermimpi. Saya tunggu ada orang kejutkan saya,” katanya sambil tersenyum.
Sydney, Masai mara ke Kejohanan Dunia
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.