Seorang guru, 3 murid cedera bas dinaiki langgar pokok di UPM

Seorang guru, 3 murid cedera bas dinaiki langgar pokok di UPM

Seorang guru, 3 murid cedera bas dinaiki langgar pokok di UPM
Video rakaman video kamera papan pemuka kenderaan memaparkan kemalangan berkenaan turut tular di media sosial.

SERDANG: Seorang guru dan tiga murid Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Ampang cedera selepas bas dinaiki melanggar pokok di Jalan Persiaran Universiti 1 Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini, hari ini.

Kejadian jam 12.18 tengah hari, ketika bas dipandu lelaki berusia 44 tahun membawa lima guru pengiring dan 30 murid sedang dalam perjalanan dari arah sebuah kilang coklat menuju ke G2G Animal Garden MAEPS Serdang.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata siasatan awal mendapati bas itu berada di laluan lurus sebelum tiba-tiba terbabas ke sebelah kiri jalan dan melanggar pokok.

“Kejadian itu menyebabkan seorang guru dan tiga murid cedera ringan dan dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut, manakala guru dan murid lain selamat.

Seorang guru, 3 murid cedera bas dinaiki langgar pokok di UPM
Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad. – Foto fail NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

“Tiga mangsa kanak-kanak itu terhantuk di bahagian kepala dan mereka mendapat rawatan pesakit luar, manakala guru pengiring menerima jahitan di kepala dan sudah keluar dari hospital,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri


Muhamad Farid berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, video rakaman video kamera papan pemuka kenderaan memaparkan kemalangan berkenaan turut tular di media sosial.

Dalam pada itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat jenayah dengan menghubungi IPD Serdang di talian 03-80742222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Seorang guru, 3 murid cedera bas dinaiki langgar pokok di UPM


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker