Polis ‘lockdown’ bandar, buru suspek tembak mati 4 orang

Polis ‘lockdown’ bandar, buru suspek tembak mati 4 orang

Polis ‘lockdown’ bandar, buru suspek tembak mati 4 orang
SUSPEK melepaskan tembakan di Bar Owl. – Foto ATF Denver

WASHINGTON – Sebuah bandar di negeri Montana masih ditutup, beberapa jam selepas empat orang dibunuh oleh seorang penembak yang masih bebas.

Sebuah tempat perlindungan dibuka di bandar Anaconda selepas suspek dikenal pasti sebagai Michael Paul Brown, 45, melepaskan tembakan di dalam Bar Owl di bandar berkenaan semalam.

Brown yang tinggal di sebelah bar itu melepaskan tembakan  pukul 10.30 pagi (waktu tempatan), menembak mati pelayan bar dan tiga pelanggan.

Seorang saksi berada di bar berhampiran berkata, dia melihat penyerang berkeliaran sambil membawa selaras raifal.

Brown dianggap bersenjata dan berbahaya.

Menurut pihak berkuasa, suspek kali terakhir dilihat memakai baju-T, seluar jeans biru dan bandana oren.

Polis berkata, mereka telah menahan seorang pemandu Ford F-150 selepas mengejar kenderaan itu tetapi Brown tiada di dalamnya.

Pasukan tindakan bersenjata, SWAT turut menyerbu hartanah Brown tetapi gagal menemui suspek.

Pihak berkuasa menggesa orang awam supaya kekal di rumah masing-masing dan berwaspada. – AGENSI

Sebuah bandar di negeri Montana masih ditutup, beberapa jam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker