Lubang muncul dalam tandas, ‘telan’ mangsa

Lubang muncul dalam tandas, ‘telan’ mangsa

Lubang muncul dalam tandas, ‘telan’ mangsa
Lubang yang muncul di dalam tandas di Stesen Ritsurin pada 31 Julai lalu. – Shikoku Railway Company

TOKYO – Seorang lelaki cedera selepas ‘ditelan’ lubang sedalam 65 sentimeter (sm) ketika menggunakan tandas di sebuah stesen kereta api di barat Jepun, lapor agensi berita Kyodo semalam.

Kejadian berlaku sekitar pukul 8.45 pagi (waktu tempatan) di Stesen Ritsurin di bandar Takamatsu, wilayah Kagawa pada Khamis lalu.

Mangsa yang berusia 67 tahun terjatuh apabila panel lantai yang menutup ruang penyelenggaraan tiba-tiba runtuh.

Ruang penyelenggaraan itu diliputi tujuh panel keluli berukuran 60sm lebar, panjang 50sm dan tebal 4sm.

Empat panel telah ditukar, manakala sebahagian yang lain kelihatan berkarat kerana digunakan sejak stesen itu dibina pada tahun 1976.

Menurut syarikat JR Shikoku, panel tersebut diperiksa setiap dua tahun. Pemeriksaan terbaharu pada Jun tahun lepas tidak menemukan sebarang masalah.

“Mangsa telah dibawa ke hospital selepas mengalami kesan luka dan lebam pada lututnya.

“Kami akan menjalankan pemeriksaan dan memohon maaf atas segala kesulitan,” tambahnya. – AGENSI

Lubang muncul dalam tandas, ‘telan’ mangsa


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker