Kesan lebam belakang badan Zara ketika jenazah dimandikan, ibu buat laporan polis baharu hari ini

Kesan lebam belakang badan Zara ketika jenazah dimandikan, ibu buat laporan polis baharu hari ini

Kesan lebam belakang badan Zara ketika jenazah dimandikan, ibu buat laporan polis baharu hari ini
Laporan polis dibuat Noraidah selepas teringat semula kesan lebam pada belakang badan Zara yang dilihatnya ketika memandikan jenazah di Hospital Queen Elizabeth I, di Kota Kinabalu, pada 17 Julai.

KUALA LUMPUR: Satu laporan polis baharu dibuat ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir hari ini berhubung kematian pelajar Tingkat Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, Sabah itu pada 16 Julai lalu.

Laporan itu dibuat Noraidah Lamat, 45, di Balai Polis Sipitang di Sabah, selepas teringat semula kesan lebam pada belakang badan Zara yang dilihatnya ketika memandikan jenazah di Hospital Queen Elizabeth I, di Kota Kinabalu, pada 17 Julai.

Peguam mewakili mereka, Hamid Ismail dan Shahlan Jufri melalui kenyataan bersama hari ini, berkata Noraidah memaklumkan beliau sendiri melihat kesan lebam itu semasa memandikan jenazah anaknya itu bersama beberapa wanita lain.

“Anak guam kami tidak memasukkan fakta penting ini dalam laporan-laporan polisnya sebelum ini kerana dia terlupa sepenuhnya mengenainya.

“Beliau hanya teringat semula tentang kesan-kesan lebam ini apabila kami menyoal beliau tengah hari kelmarin, berkenaan keadaan tubuh anaknya semasa dimandikan olehnya,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri


Peguam berkenaan juga menjelaskan Noraidah berada dalam keadaan terlalu sedih sejak 16 Julai, menyebabkan anak guamnya itu tidak teringat langsung tentang kewujudan kesan berkenaan.

“Anak guam kami percaya kesan lebam yang dilihatnya itu adalah kesan kecederaan yang diakibatkan oleh pukulan menggunakan objek tumpul ke bahagian belakang Zara Qairina, sebelum dia ditemui di bahagian bawah bangunan asrama sekolahnya pada subuh 16 Julai lalu,” katanya.

Dalam pada itu, peguam berkenaan berkata pihaknya turut mengambil maklum kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, semalam bahawa siasatan polis ke atas kes berkenaan sudah selesai dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara minggu hadapan.

Namun, katanya perkembangan terbaru yang dibangkitkan melalui laporan polis terkini itu menjustifikasikan pembukaan semula siasatan kes.

“Kubur Zara Qairina perlu digali semula dengan kadar segera dan satu bedah siasat dibuat terhadap tubuhnya untuk menentukan punca sebenar kematian, sama ada wujud elemen-elemen jenayah yang menyebabkan kematian itu,” menurut kenyataan itu lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan


Dalam kenyataan sama, peguam turut merujuk laporan polis dibuat Noraidah pada 30 Julai lalu berkaitan rakaman perbualan telefon antara beliau dan arwah.

“Dalam perbualan itu, Zara Qairina memaklumkan terdapat pelajar-pelajar senior yang sering mengganggu dan/atau membulinya sehingga ada yang mengugutnya dengan berkata ‘kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni’.

“Maklumat ini mungkin mempunyai kaitan dengan maklumat terbaru yang disalurkan anak guam kami kepada polis pada pagi ini,” katanya.

 

Kesan lebam belakang badan Zara ketika jenazah dimandikan, ibu buat laporan polis baharu hari ini

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker