Jurutera rugi hampir suku juta terpedaya skim pelaburan tidak wujud
Jurutera rugi hampir suku juta terpedaya skim pelaburan tidak wujud

KUANTAN: Seorang jurutera di Jerantut kerugian RM230,000 selepas terpedaya dengan kes skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan semalam, lelaki berusia 67 tahun itu menerima pesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp pada 14 Julai lalu.
Katanya, mangsa ditawarkan peluang pelaburan dalam Bursa Saham menerusi syarikat dikenali sebagai ‘Elite Group’.
“Mangsa kemudiannya ditawarkan skim pelaburan yang menjanjikan pulangan RM150,000 sekiranya melabur RM50,000 dalam tempoh singkat.
“Tertarik dengan tawaran itu, mangsa bersetuju dan mula membuat sembilan transaksi pembayaran kepada empat akaun bank dari 16 hingga 31 Julai lalu, membabitkan jumlah keseluruhan berjumlah RM230,000.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
“Selepas pembayaran dibuat, mangsa terus diminta untuk membuat bayaran tambahan atas alasan kononnya berlaku masalah ketika pemprosesan pelaburan.
“Mangsa yang menggunakan wang simpanan bagi tujuan pelaburan ini, akhimya menyedari dirinya ditipu. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan kes itu, beliau menasihati orang ramai berwaspada dengan pelaburan dalam talian yang menjanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat, khususnya yang dipromosikan melalui media sosial.
“Sebelum melakukan sebarang transaksi, semakan awal boleh dibuat di portal rasmi https://semakmule.mp.gov.my bagi mengenal pasti akaun bank yang mempunyai rekod penipuan.
“Orang awam yang mengesyaki menjadi mangsa penipuan dinasihatkan segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997,” katanya.
Jurutera rugi hampir suku juta terpedaya skim pelaburan tidak wujud
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.