Brazil juara lagi, tewaskan Colombia menerusi penentuan penalti dramatik

Brazil juara lagi, tewaskan Colombia menerusi penentuan penalti dramatik

Brazil juara lagi, tewaskan Colombia menerusi penentuan penalti dramatikReuters facebook sharing buttonwhatsapp sharing buttontwitter sharing button SKUAD wanita Brazil meraikan kejayaan muncul juara Copa America. FOTO Reuters SKUAD wanita Brazil meraikan kejayaan muncul juara Copa America. FOTO Reuters Quito: Brazil mempertahankan kejuaraan Copa America Wanita dengan penuh dramatik selepas menewaskan Colombia 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi final yang berakhir 4-4 selepas masa tambahan, awal pagi tadi. Kejayaan itu menyaksikan Brazil merangkul gelaran kesembilan kejohanan berprestij benua Amerika Selatan itu. Colombia terlebih dahulu mengejutkan lawan menerusi jaringan Linda Caicedo pada minit ke-25, namun Brazil kembali menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Angelina sebelum tamat separuh masa pertama. Tarciane menjaringkan gol sendiri pada minit ke-69 sekali lagi meletakkan Colombia di depan, namun Amanda Gutierres menyamakan kedudukan buat Brazil pada minit ke-80. Disyorkan Azeez bawa misi besar di Kedah 'Saya kesal dituduh perogol' - Asyraf 'Siapa lebih jantan' JDT beri amaran kepada pasukan Liga Super, belasah Hougang United 12-0 'Liga Super 2025/2026 dijangka suram akibat kehilangan ratusan ribu penyokong' Mayra Ramirez kemudian seperti mahu memastikan kejuaraan milik Colombia apabila meledak gol ketiga pasukannya dua minit sebelum tamat permainan. ADVERTISEMENT Tech stock video 3 5Feb25Tech stock video 3 5Feb25 Namun, bintang veteran Brazil, Marta muncul wira apabila menjaringkan gol penyamaan dalam masa kecederaan dan kemudian menambah satu lagi jaringan pada masa tambahan. Leicy Santos memastikan saingan berlanjutan ke penentuan penalti apabila menyamakan kedudukan 4-4 menerusi sepakan percuma menakjubkan. Dalam penentuan penalti, penjaga gol Brazil, Lorena menjadi wira apabila menyelamatkan sepakan pemain Colombia, Carabali untuk memastikan kemenangan milik skuad Samba. Kejayaan ini bukan saja mengukuhkan dominasi Brazil dalam bola sepak wanita Amerika Selatan, tetapi turut menjadi detik penuh emosional buat Marta yang dijangka bersara daripada pentas antarabangsa tidak lama lagi.
SKUAD wanita Brazil meraikan kejayaan muncul juara Copa America. FOTO Reuters

Quito: Brazil mempertahankan kejuaraan Copa America Wanita dengan penuh dramatik selepas menewaskan Colombia 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi final yang berakhir 4-4 selepas masa tambahan, awal pagi tadi.

Kejayaan itu menyaksikan Brazil merangkul gelaran kesembilan kejohanan berprestij benua Amerika Selatan itu.

Colombia terlebih dahulu mengejutkan lawan menerusi jaringan Linda Caicedo pada minit ke-25, namun Brazil kembali menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Angelina sebelum tamat separuh masa pertama.

Tarciane menjaringkan gol sendiri pada minit ke-69 sekali lagi meletakkan Colombia di depan, namun Amanda Gutierres menyamakan kedudukan buat Brazil pada minit ke-80.

Mayra Ramirez kemudian seperti mahu memastikan kejuaraan milik Colombia apabila meledak gol ketiga pasukannya dua minit sebelum tamat permainan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri


Namun, bintang veteran Brazil, Marta muncul wira apabila menjaringkan gol penyamaan dalam masa kecederaan dan kemudian menambah satu lagi jaringan pada masa tambahan.

Leicy Santos memastikan saingan berlanjutan ke penentuan penalti apabila menyamakan kedudukan 4-4 menerusi sepakan percuma menakjubkan.

Dalam penentuan penalti, penjaga gol Brazil, Lorena menjadi wira apabila menyelamatkan sepakan pemain Colombia, Carabali untuk memastikan kemenangan milik skuad Samba.

Kejayaan ini bukan saja mengukuhkan dominasi Brazil dalam bola sepak wanita Amerika Selatan, tetapi turut menjadi detik penuh emosional buat Marta yang dijangka bersara daripada pentas antarabangsa tidak lama lagi.

 

Brazil juara lagi, tewaskan Colombia menerusi penentuan penalti dramatik

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker