Bayi 7 bulan maut: Tengkorak retak, didera sejak sebulan lalu – Polis
Bayi 7 bulan maut: Tengkorak retak, didera sejak sebulan lalu – Polis
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan kematian seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan di sebuah kondominium di Cheras, Rabu lalu berpunca daripada penderaan dan penganiayaan berterusan sejak sebulan lalu.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, berkata hasil bedah siasat mendapati bayi malang itu mengalami kecederaan pelbagai pada seluruh badan termasuk retak tengkorak kepala.
Menurutnya, siasatan menunjukkan mangsa didera secara berterusan sebelum disahkan meninggal dunia.
“Bedah siasat menunjukkan mangsa mengalami kecederaan pada seluruh badan dan tengkoraknya mengalami keretakan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
Mengulas motif kejadian, beliau berkata penderaan dipercayai berlaku akibat tekanan dialami suspek wanita yang juga ibu angkat mangsa.
“Motif kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan mangsa yang kerap menangis, menyebabkan ibu angkatnya berasa tertekan.
“Semakan mendapati suspek lelaki bekerja sebagai jurujual manakala isterinya tidak bekerja,” katanya.
Kejadian itu terbongkar selepas lelaki berkenaan menghubungi polis pada jam 9.34 malam, 30 Julai lalu dan memaklumkan bayi berkenaan tidak sedarkan diri di rumah.
Pasangan itu kini ditahan dan direman tujuh hari hingga 6 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Dalam pada itu, ibu angkat bayi itu turut didapati positif dadah.
Siasatan awal polis menunjukkan bayi itu dijaga oleh suspek sejak 18 Jun lalu selepas ibu kandungnya pulang ke Indonesia.
Bayi 7 bulan maut: Tengkorak retak, didera sejak sebulan lalu – Polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.