2 penunggang basikal maut, seorang parah dirempuh ketika lawan arus
2 penunggang basikal maut, seorang parah dirempuh ketika lawan arus

MUAR: Dua penunggang basikal warga asing maut, manakala seorang lagi parah selepas dirempuh sebuah kenderaan dalam kemalangan di Parit Salam, Parit Yusof di sini, malam tadi.
Kemalangan dipercayai berlaku jam 8.30 malam dengan seorang daripada mereka maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata pihak menerima maklumat orang awam mengenai nahas itu pada jam 8.45 malam membabitkan tiga penunggang basikal warga asing.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila ketiga-tiga mangsa berusia 21 tahun menunggang basikal secara melawan arus dari Parit Yusof menghala ke Bukit Mor.
“Sebaik tiba di lokasi sebuah kenderaan tidak diketahui merempuh ketiga-tiga mangsa menyebabkan kesemua mereka tercampak ke bahu jalan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
“Dua daripada mereka yang meninggal dunia cedera di badan manakala mangsa terselamat patah pergelangan tangan dan bahu kanan kini masih dirawat di HPSF,” katanya.
Justeru Raiz Mukhliz berkata, polis masih mengesan kenderaan yang terbabit dalam nahas itu bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Khairun Izham Noor Yusry di talian 013-9121508 atau mana-mana balai polis berdekatan.
2 penunggang basikal maut, seorang parah dirempuh ketika lawan arus
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.