Suspek tikam polis di Jalan Yew disyaki bawah pengaruh dadah, direman 7 hari
Suspek tikam polis di Jalan Yew disyaki bawah pengaruh dadah, direman 7 hari

KUALA LUMPUR: Lelaki yang menikam seorang anggota polis dalam kejadian di Pasar Pudu, Jalan Yew, di sini, semalam dipercayai bertindak di bawah pengaruh dadah semasa kejadian.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, berkata ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis heroin.
“Suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga Khamis depan untuk siasatan lanjut.
“Semakan mendapati suspek mempunyai 14 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Semalam, anggota polis cedera selepas ditikam oleh seorang lelaki ketika menjalankan pemeriksaan di Jalan Yew, Jalan Pudu, di sini, tengah hari tadi.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
Ketika kejadian, anggota yang bertugas di Balai Polis Pudu itu dilaporkan sedang melakukan tugasan Rondaan Cegah Jenayah (RCJ) di kawasan terbabit.
Berdasarkan maklumat awal, kejadian berlaku ketika anggota itu sedang melakukan pemeriksaan ke atas suspek dan ditikam dengan menggunakan pisau di bahagian perut.
Mohamed Usuf berkata, keadaan anggota polis yang cedera kini stabil namun masih dalam pemantauan rapi.
“Anggota berkenaan akan dipindahkan ke wad biasa dalam masa terdekat ini,” katanya.
hamed Usuf dilaporkan berkata kejadian berlaku ketika mangsa bersama empat anggota lain menjalankan pemeriksaan ke atas suspek.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
“Mangsa ditikam di perut menggunakan pisau sebelum suspek melarikan diri.
“Anggota polis yang parah dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Cheras untuk rawatan lanjut,” katanya.
Suspek ditahan sejurus selepas kejadian bersama sebilah pisau sepanjang 21.5 sentimeter serta tiga paket plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan kekuningan disyaki dadah
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 307 dan 186 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh menggunakan senjata dan menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Suspek tikam polis di Jalan Yew disyaki bawah pengaruh dadah, direman 7 hari
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.