PGA rampas bahan tembaga, barangan RM8.586 juta di kilang tanpa lesen

PGA rampas bahan tembaga, barangan RM8.586 juta di kilang tanpa lesen

PGA rampas bahan tembaga, barangan RM8.586 juta di kilang tanpa lesen
Kredit: PGA Ulu Kinta

IPOH: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas pelbagai jenis bahan tembaga, jentera serta mesin dianggarkan bernilai RM8.586 juta dalam operasi penguatkuasaan ke atas sebuah kilang tanpa lesen di Simpang Pulai, hari ini.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Senior Asisten Komisioner Shahrum Hashim, berkata seorang lelaki tempatan turut ditahan dalam Ops Hazard itu.

Beliau berkata, PGA turut dibantu Lembaga Hasil Dalam Negeri Perak, Majlis Daerah Batu Gajah dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak dalam operasi itu.

“Pasukan menahan seorang pekerja lelaki tempatan berusia 40-an bersama rampasan di sebuah kilang pemprosesan habuk dan bahan mentah tembaga kepada sekerap tembaga, disyaki untuk dieksport ke negara luar,” katanya dalam satu kenyataan.

Sharum berkata, hasil risikan kira-kira sebulan mendapati aktiviti itu dipercayai dijalankan sekitar setahun, manakala hasil pemeriksaan mendapati kilang terbabit beroperasi tanpa sebarang kelulusan JAS.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri


Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 34A dan Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).

Katanya, pihak JAS Perak turut mengambil tindakan dengan membuat penahanan operasi kelengkapan mengikut Seksyen 38(1)(a) Akta 127.

“Kes juga disiasat mengikut Seksyen 113(2) Akta Cukai Pendapatan 1967, iaitu membuat pengisytiharan tidak betul dengan menghapuskan atau mengurangkan pendapatan bagi pihak dirinya atau orang lain, atau memberi apa-apa maklumat tidak betul berkaitan apa-apa perkara mempengaruhi kewajipannya untuk dikenakan cukai kepada dirinya sendiri atau orang lain,” katanya.

PGA rampas bahan tembaga, barangan RM8.586 juta di kilang tanpa lesen

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker