Koleksi jam tangan mewah Messi RM15 juta

Koleksi jam tangan mewah Messi RM15 juta

Koleksi jam tangan mewah Messi RM15 juta
MESSI turut memakai jam tangan Barbie Rolex yang menampilkan rona merah jambu sama seperti warna jersi Inter Miami. FOTO Reuters

London: Lionel Messi dikenali di seluruh dunia bukan sahaja susulan rekod jaringan golnya yang luar biasa tetapi juga kerana koleksi jam tangan mewah yang hanya mampu menjadi tatapan kebanyakan peminat.

Tambahan terbaru dalam koleksi Messi ialah jam tangan edisi terhad Barbie Rolex yang eksklusif.

Seperti namanya, Barbie Rolex menampilkan rona merah jambu yang menonjol pada muka jam serta sebahagian tali jam yang diperbuat daripada emas padu.

Jam tangan luar biasa ini dibuat menggunakan batu nilam merah jambu dan menampilkan emas kuning 18 karat.

Skema warnanya yang menarik semestinya sepadan dengan jersi utama pasukan Inter Miami.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri


Barbie Rolex Messi salah satu daripada hanya sepuluh unit yang ditempah khas oleh pembuat jam mewah tersebut, dan kini memiliki nilai jual semula melebihi £700,000 (RM3.93 juta).

Namun, Barbie bukan satu-satunya jam mahal dalam milikan Messi.

Sebenarnya, beliau mempunyai enam lagi jam tangan yang pernah dilihat dipakai olehnya dengan kebanyakan bernilai lebih daripada enam angka.

Pemain berusia 38 tahun itu memiliki sebuah Rainbow Rolex Daytona edisi terhad bernilai £505,000 (RM2.84 juta).

Beliau juga memiliki Patek Philippe Nautilus Perpetual Calendar berwarna emas putih yang menakjubkan bernilai lebih £442,000 (RM2.48 juta), serta satu lagi jam kalendar yang lebih ringkas bernilai £265,000 (RM1.49 juta).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan


Sebuah Rolex Daytona “Giraffe” yang luar biasa bernilai £293,000 (RM1.64 juta) juga berada dalam koleksinya, bersama dua lagi jam Daytona yang keseluruhannya bernilai £232,000 (RM1.3 juta).

Koleksi Rolex miliknya yang diketahui umum turut merangkumi submariner yang lebih sederhana, bernilai £29,000 (RM163,000).

Salah satu jam tangan paling bergaya dalam koleksi Messi ialah Hublot Bat Bang Tourbillon berwarna hitam matte yang berharga £114,000 (RM641,000).

Sebuah koleksi jam mewah tidak akan lengkap tanpa satu daripada jenama Jacob & Co.

Messi bekerjasama dengan jenama mewah tersebut pada 2019 untuk melancarkan Epic X Chrono, yang setiap satu bernilai £150,000 (RM843,000).

Ikon bola sepak itu juga memiliki Audemars Piguet Royal Oak Jumbo versi ultra nipis yang bernilai £75,000 (RM421,000).

Keseluruhan jam tangan yang pernah dipakai Messi di khalayak umum dianggarkan mempunyai nilai gabungan melebihi £2.8 juta (RM15 juta) tetapi nilai sebenar koleksinya kemungkinan besar jauh lebih tinggi, memandangkan beliau dipercayai memiliki beberapa lagi jam tangan mewah yang tidak pernah didedahkan kepada umum.

 

Koleksi jam tangan mewah Messi RM15 juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker