Kelantan TRW hampir bebas daripada ‘belenggu’ sanction FIFA
Kelantan TRW hampir bebas daripada ‘belenggu’ sanction FIFA

Kuala Lumpur: Kelab Kelantan The Real Warriors (TRW) FC kini berada di fasa akhir menyelesaikan isu sekatan pendaftaran pemain baharu yang dikenakan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang sekian lama menghantui bola sepak negeri itu.
Menurut Presidennya, Tan Sri Annuar Musa, daripada sembilan kes sekatan yang diwarisi daripada KDN FC, lapan daripadanya sudah berjaya diselesaikan sepenuhnya manakala satu kes terakhir sedang menunggu pengesahan akhir daripada badan induk bola sepak dunia itu.
“Alhamdulillah, kita sudah lunas bayaran untuk kes terakhir ini. Sekarang kita hanya perlu menunggu FIFA mengemaskini status dalam sistem mereka. Lazimnya, ia mengambil masa lima hari bekerja,” katanya dalam kenyataan di Facebook.
Jelas Annuar, proses mendapatkan pelepasan daripada sekatan FIFA bukan semudah yang disangka kerana ia membabitkan prosedur ketat termasuk dokumentasi serta pengesahan rasmi di peringkat antarabangsa.
Beliau turut menasihatkan semua kelab supaya tidak mengambil mudah isu sebegini kerana ia boleh memberi kesan besar terhadap kelangsungan pasukan, termasuk dari segi pendaftaran pemain dan hak bertanding.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
“Kelab perlu berhati-hati. Bila ada sekatan, pelepasan perlu melalui proses yang agak panjang. Selain itu, kelab juga perlu memastikan Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) setiap pemain lengkap sebelum pendaftaran boleh dilakukan,” katanya lagi.
Katanya, usaha menyelamat bola sepak Kelantan ini bukan sekadar membayar hutang lama, tetapi juga membina semula struktur pentadbiran dan pengurusan pasukan supaya lebih profesional dan mampan.
Proses menyelamat tidak semudah yang disangka. Tapi kita akan lakukan. Kita mahu Kelantan kembali menjadi pasukan disegani di Liga Malaysia,” katanya.
Sebagai rekod, Kelantan TRW FC pernah digantung oleh FIFA daripada mendaftarkan pemain baharu akibat kegagalan melunaskan tuntutan beberapa bekas pemain dan ejen asing sejak beberapa tahun lalu.
Malah, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd turut menjelaskan pasukan itu masih boleh beraksi dalam Liga M dengan menggunakan pemain sedia ada berdasarkan senarai pendaftaran sebelum ini.
Kelantan TRW hampir bebas daripada ‘belenggu’ sanction FIFA
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.