“Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni” – Kak M ugut Zara Qairina
“Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni” – Kak M ugut Zara Qairina

KOTA KINABALU: Keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, memohon satu inkues diadakan bagi menentukan sama ada terdapat unsur jenayah dalam kes kematian pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar itu.
Peguam mewakili keluarga mangsa, Hamid Ismail dan Shahlan Jufri memaklumkan ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat, 45, sudah pun membuat laporan polis tambahan pada 30 Julai lalu yang mana antara lain, memohon supaya kubur arwah anaknya itu digali semula bagi tujuan inkues.
“Selaras kehendak anak guam kami, pada 31 Julai 2025 (semalam) kami telah menulis surat kepada Jabatan Peguam Negara di Kota Kinabalu memohon mereka melaksanakan kuasa di bawah Seksyen 339(1) Kanun Tatacara Jenayah untuk mengarahkan majistret mengadakan satu inkues bagi menentukan punca kematian si mati dengan kadar segera.
“Kami berharap Jabatan Peguam Negara akan bersetuju dengan permohonan kami di atas bagi membantu pihak polis menyelesaikan siasatan mereka dalam tempoh terdekat.
“Kami dengan ini juga menafikan semua tuduhan bahawa kematian Zara Qairina disebabkan ibunya. Tuduhan ini tidak benar dan adalah satu fitnah jahat kepada anak guam kami. Tidak ada ‘plot twist’ dalam kes ini,” kata peguam melalui kenyataan hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
BH hari ini melaporkan Noraidah mengarahkan dua peguam menguruskan proses bagi membolehkan kubur Zara Qairina digali semula untuk melakukan bedah siasat terhadap jenazahnya, demi mendapat jawapan dan keadilan untuk arwah anaknya itu.
Dalam pada itu, pihak peguam melalui kenyataan media sama memaklumkan laporan polis tambahan itu difailkan di Balai Polis Sipitang memohon pihak polis menyiasat kes kematian Zara Qairina secara teliti.
“Beliau (Noraidah) mempunyai rakaman perbualan telefon dengan Zara Qairina yang mana anaknya itu memaklumkan terdapat pelajar-pelajar senior yang sering mengganggu dan/atau membulinya. Antaranya ialah Kak M yang pernah mengugut Zara Qairina dengan berkata “kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni”.
“Dalam laporan polis itu juga, anak guam kami menyatakan keraguannya tentang punca kematian Zara Qairina yang kononnya jatuh dari tingkat tiga bangunan.
“Wajah Zara Qairina tidak mempunyai kecederaan fizikal, lebam atau luka yang lazimnya berkait kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi. Ini ditambah tindakan pihak sekolah yang meminta anak guam kami agar tidak membuat laporan polis,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Tambah kenyataan itu lagi, anak guamnya berpendapat pihak polis sepatutnya melakukan bedah siasat terhadap mayat Zara Qairina bagi membantu siasatan.
“Ini kerana tidak ada bedah siasat dilakukan terhadap mayat Zara Qairina sebelum beliau dikebumikan. Bedah siasat akan membantu siasatan pihak polis dalam menentukan punca sebenar kematian Zara,” kata peguam.
Keluarga percaya Zara Qairina tak bunuh diri
Pihak peguam juga berkata, ibu Zara Qairina percaya bahawa arwah tidak membunuh diri, sebaliknya wujud unsur-unsur jenayah yang menyebabkan kematian.
“Atas dasar ini, anak guam kami menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk melakukan siasatan,” katanya.
Namun, menurut peguam sejak 17 hingga 27 Julai lalu, anak guam mereka tidak menerima sebarang maklumat daripada pihak polis tentang perkembangan siasatan dan pihak polis juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang siasatan mereka kepada media massa dalam tempoh berkenaan.
“Kesunyian inilah yang merisaukan anak guam kami. Kesunyian ini bagi anak guam kami bagaikan satu indikasi bahawa kematian Zara Qairina tidak disiasat oleh pihak polis.
“Hanya pada 28 Julai Pesuruhjaya Polis Sabah mengeluarkan satu kenyataan ringkas bahawa siasatan sedang dijalankan dan pada 31 Julai dimaklumkan dalam satu sidang media oleh Pesuruhjaya Polis Sabah bahawa 60 orang telah dipanggil untuk memberi keterangan,” katanya.
Dalam pada itu, Hamid dan Shahlan turut menasihati netizen tidak membuat sebarang fitnah terhadap mana-mana individu berkaitan dengan kematian Zara Qairina, namun sesiapa yang mempunyai maklumat dan boleh membantu siasatan diminta menyalurkannya maklumat itu kepada pihak polis atau pihak peguam.
“Kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni” – Kak M ugut Zara Qairina
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.