Impian Liverpool miliki Isak terjejas
Impian Liverpool miliki Isak terjejas

London: Newcastle United dilaporkan menolak tawaran pembukaan daripada Liverpool untuk penyerang Alexander Isak.
The Magpies meletakkan nilai pemain antarabangsa Sweden itu sekitar £150 juta (RM852 juta) dengan tawaran daripada The Reds dilaporkan jauh di bawah angka tersebut.
Tiada pengesahan rasmi mengenai jumlah sebenar tawaran Liverpool, namun laporan menyatakan ia bernilai sekitar £110 juta (RM625 juta) termasuk tambahan lain (add-ons).
Isak diketepikan daripada skuad pramusim Newcastle ke Asia kerana dia mahu mencuba peluang berpindah ke kelab lain walaupun Newcastle layak ke Liga Juara-Juara musim ini.
Tawaran daripada Liverpool dibuat ketika Isak menjalani latihan bersendirian di bekas kelabnya, Real Sociedad, di tengah-tengah ketidaktentuan mengenai masa depannya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
Pemain berusia 25 tahun itu menyertai Newcastle dari kelab La Liga, Real Sociedad, dalam perpindahan bernilai £60 juta (RM341 juta) pada 2022.
BBC Sport melaporkan pada Julai bahawa Liverpool sedang mempertimbangkan tawaran untuk Isak yang boleh mencecah sehingga £130 juta (RM738 juta).
Newcastle kekal dengan pendirian bahawa pemain itu tidak akan dijual pada musim panas ini, namun ia tidak menghalang minat serius daripada pihak Liverpool.
Juara Liga Perdana Inggeris itu menghubungi Newcastle bulan lalu dan kini mengemukakan tawaran rasmi.
Masih belum pasti sama ada Liverpool akan mengemukakan tawaran yang dipertingkatkan untuk Isak, namun pengurus mereka, Arne Slot, dilaporkan sangat berminat untuk membawa masuk penyerang itu sebelum musim baharu bermula.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Sehingga kini terdapat beberapa penambahan dalam skuad pengendali dari Belanda itu dalam jendela perpindahan musim panas yang sibuk oleh kelab Anfield tersebut.
Liverpool menandatangani Florian Wirtz, Hugo Ekitike, Milos Kerkez, Jeremie Frimpong, Giorgi Mamardashvili dan Armin Pecsi dengan jumlah gabungan sekitar £265 juta (RM1.5 bilion) tidak termasuk tambahan lain.
Impian Liverpool miliki Isak terjejas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.