4 anggota polis didakwa lakukan pemerasan terhadap warga asing
4 anggota polis didakwa lakukan pemerasan terhadap warga asing
BUKIT MERTAJAM: Tiga anggota polis berpangkat rendah mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan bersubahat dan melakukan pemerasan secara berasingan terhadap dua lelaki warga Thailand membabitkan kerugian wang tunai berjumlah RM10,000, tahun lalu.
Tertuduh, Mohd Shukri Amran, 35, Mohammad Faizal Mirdukhim @ Mustapa, 43, dan Muhammad Arifshah Zulkefli, 23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap dibaca serentak di hadapan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah.
Berdasarkan pertuduhan, mereka yang bertugas didakwa secara bersama dengan sengaja melakukan pemerasan terhadap dua lelaki warga Thailand bernama Anotai Saentawee dan Suwit Sake.
Tindakan mereka mendatangkan ketakutan bahawa apa-apa bencana berlaku kepada warga asing berkenaan sehingga mendorong mangsa supaya menyerahkan wang tunai sebanyak RM10,000.
Ketiga-tiga tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah stesen minyak hentian rehat dan rawat (R&R) Juru arah selatan pada jam 1.30 pagi, 26 November tahun lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
Sementara itu, seorang lagi tertuduh yang juga anggota polis turut mengaku tidak bersalah selepas berdepan pertuduhan secara berasingan melakukan pemerasan membabitkan mangsa yang sama.
Tertuduh, Muhammad Nizar Mat Axid, 40, didakwa bersubahat melakukan pemerasan terhadap Anotai Saentawee dan Suwit Sake bersama tiga tertuduh terbabit iaitu Mohd Shukri, Mohammad Faizal dan Muhammad Arifshah di sebuah rumah sewa di Jalan Setia 2, Taman Setia pada tarikh yang sama jam 2.30 pagi.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 385 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Shakila Dahari, mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh namun peguam tertuduh memohon kadar jaminan lebih rendah atas alasan kesemua mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah perlu menyara keluarga.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Mohd Shukri diwakili peguam M Puveneswaran; Muhammad Arifshah diwakili peguam Muhammad Amirul Hakim; manakala Mohammad Faizal dan Muhammad Nizar diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ima Syakira Mohd Salim.
Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh dan menetapkan 12 September ini sebutan semula kes.
4 anggota polis didakwa lakukan pemerasan terhadap warga asing
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.