TERKINI Kes Zara Qairina: 60 saksi dirakam keterangan termasuk ‘Kak Wana’, ‘Kak Dedeng’ dan ‘Tomboi’
TERKINI Kes Zara Qairina: 60 saksi dirakam keterangan termasuk ‘Kak Wana’, ‘Kak Dedeng’ dan ‘Tomboi’

KOTA KINABALU: Polis sudah merakam keterangan 60 saksi berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir, 13, termasuk tiga individu dengan nama ‘Kak Wana’, ‘Kak Dedeng’ dan ‘Tomboi’.
Tiga nama itu antara disebut mempunyai kaitan dengan kes kematian pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan di Papar, dekat sini.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, siasatan untuk kes itu kini di peringkat akhir yang mana kenyataan kira-kira 60 saksi sudah pun dirakam polis

“Semua saksi (yang diambil keterangan itu) membabitkan pelajar, ibu bapa dan kakitangan sekolah.
“Ini termasuk tiga pelajar yang dikaitkan dengan mangsa (‘Kak Wana’, ‘Kak Dedeng’ dan ‘Tomboi’),” katanya dalam sidang media di lobi IPK Sabah, di sini, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
Zara Qairina, 13, ditemui kira-kira jam 3 pagi pada 16 Julai lalu, dalam keadaan parah di bawah bangunan asrama sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk rawatan lanjut.
Pelajar itu meninggal dunia di hospital keesokan harinya dengan laporan awal mengatakan dia terjatuh dari tingkat tiga asrama sekolah.
Bagaimanapun pelbagai desas-desus berlegar di media sosial termasuk mengaitkan kejadian menimpa Zara Qairina itu sebagai kes buli.
Mengulas lanjut, Jauteh berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan unsur buli dalam kes itu, namun menyerahkan kepada Bukit Aman untuk analisis menyeluruh.
“Sekarang ini siasatan menjurus kepada dua elemen iaitu punca kepada kematian dan juga persekitaran.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
- Menangkis Peluru Neopotisme Menjadi Cabaran Terbesar PKR
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
“Siasatan kes ini akan diserahkan kepada Bukit Aman untuk analisis menyeluruh,” katanya.
Mengenai dakwaan kononnya kes itu membabitkan anak atau ahli keluarga kenamaan termasuk dirinya sendiri, beliau menafikannya dan menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak sihat.
“Saya ingin tegaskan, tiada anak saya yang sedang atau pernah bersekolah di situ.
“Ini bererti ada netizen yang sengaja menimbulkan sesuatu yang tidak sihat kepada perkara ini,” katanya memaklumkan siasatan juga tidak menjurus ke arah dakwaan kononnya pelajar itu anak kepada individu berpengaruh.
Beliau dalam pada itu, menegaskan siasatan dalam kes ini dijalankan dengan penuh profesionalisme dan ketelusan, mengambil kira emosi pelajar yang menjadi saksi.
“Netizen mahu siasatan yang menyeluruh. Itu sebab kita ambil sedikit waktu untuk menyiapkan siasatan ini. Membabitkan 60 saksi dan juga semua saksi ini pun kita tidak dapat ambil secara terus.
“Kita juga memikirkan bahawa saksi-saksi ini adalah pelajar di sekolah itu yang mungkin hanya melihat atau mendengar ataupun berkawan dengan mangsa,” katanya.
TERKINI Kes Zara Qairina: 60 saksi dirakam keterangan termasuk ‘Kak Wana’, ‘Kak Dedeng’ dan ‘Tomboi’
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.